I’m going bla-bla

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Saya di sini migrain baik-baik sahaja.

So, our topic for today is bla-bla, that is, I’m going to say anything I want to say.

So, of course, perkara pertama yang saya akan katakan mestilah tentang perkembangan YourAgregator!. Sejak post yang lepas, ada dua perkara berubah yang dah online, yakni, penggunaan subdomain untuk mengenal pasti agregator anda dan kebolehan search. Dan hari ini, saya buat sedikit percubaan untuk sistem ‘comment’ yang membuatkan saya migrain giler nak mampos! agak keliru camne nak buat nie.

Tapi mari kita mulakan dengan perubahan yang dah online yang paling besar yakni penggunaan subdomain untuk mengenal pasti agregator. Untuk memudahkan penjelasan, mari kita lihat satu contoh yang mudah yakni agregator ‘agregatortest’:

dulu 
http://youragregator.appspot.com/agregatortest/home
sekarang
http://agregatortest.youragregator.appspot.com/home

Nampak? Ya benar, perubahan ini agak besar sehingga hampir kesemua ‘view’ terpaksa di modify sedikit, kerja yang sangat leceh. Kenapa diubah? Sudah jelas, untuk memperlihatkan bahawa setiap agregator itu tidak mempunyai kaitan sangat dengan YourAgregator melainkan di host oleh YourAgregator yang dirinya di host di Google App Engine. Kenapa tak buat dari awal?…….sebab saya tak tau boleh buat camtu :-)…..Satu lagi perubahan di bawah laut, ialah setelah meneliti sistem subdomain ini, baru saya tahu yang subdomain takleh ada huruf besar… ya saya tahu, saya cuai sedikit. Dan disebabkan itu, saya terpaksa menambah satu db-indexer index untuk case insensitive comparison yang mana memerlukan agregator field tersebut diupdate yakni field nama agregator. Malang tidak berbau, saya dah set dari mula yang field nama agregator tersebut ialah primary key kepada entity tersebut yang menyebabkan anda tidak boleh ubahnya melainkan anda delete terus agregator tersebut dan kemudian buat balik dengan nama baru…. saya tahu saya cuai lagi. Dan memandangkan saya nak buat lagi satu option untuk membolehkan admin mengubah nama agregator di management interface, saya ubah primary key table agregator kepada field autonumber tambahan yang menyebabkan segala agregator yang sedia ada, fail to work….kasihan….so saya delete ajelah semua agregator dengan feed-feed yang takkan berguna kalau takde agregator tersebut. Alang-alang, saya delete aje semua database, lagipun ada 3 agregator aje, kesemuanya untuk testing purpose….

So disebabkan itu, saya buat balik agregatortest yang baru dan letak rss-rss macam biasa kecuali blog huda ziad, pasar rss tu dia sendiri yang letak. Hasilnya, apabila anda melawat aregatortest, anda tidak akan jumpa blog update huda ziad. Kalau dulu, pasal blog dia selalu update, kita boleh tengok banyak post dari blog dia…

Ok, selain daripada itu, saya juga tambah field kat table Feeds untuk link ke RSS. Hasilnya, saya boleh buat macam nie…. jap saya ambik screenshot….

yang kat kotak merah tu.

Itu aje? Well… we need to start from somewhere, right? Anehnya, untuk sesetengah rss (iium website), yang tak support link tersebut, hanya keluar perkataan ‘at’. Saya dah buat template tu supaya tak keluar langsung kalau takde link, tapi nampaknya ada sedikit bug di sini. Nanti saya betulkan ok?

Satu lagi perubahan yang dah online yang agak BESAR….. ok, mungkin hanya ‘besar’ ialah kebolehen untuk search.Mari kita lihat lagi screenshot:

Sebarang pertanyaan? Kenapa saya letak kat situ? Well… nak letak kat mana? Sebenarnya ia terletak kat bahagian header yang boleh diubah melalui manage. So konseptnye ialah admin boleh letak search input tu kat mana-mana yang dia suka, kat footer pun boleh. Apa yang ia buat ialah apabila tekan enter kat situ javascript akan meng-ajax semula senarai post-post, macam tekan butang kat atas senarai post, camtulah, benda same aje. Cuba bukak agregatortest, pastu submit korang punye blog, jadi tak? Saya tau saya punye jadi. Oh ya, search engine itu mungkin mengambil masa untuk index korang punye post. Dan lagi satu, perubahan kecil yang membawa kesan besar ialah, RSS yang baru diapprove akan di-scan serta merta, selepas ia diapprove. So, kalau korang submit kat agregatortest yang saya dah set untuk autoapprove, korang tak payah tunggu 6 jam lepas korang submit blog korang, refresh aje beberapa kali.

Ok, untuk (hampir) sepanjang hari ini, saya sedang cuba untuk buat sistem comment. Hasilnya adalah:

Ok, so what’s the problem? (1)st  Its ugly. (2)nd Yang mana satu comment? (3) Cam tak cukup ruang (4) It’s  slow. Jangan risau, comment tak online lagi, saya masih memikirkan macam mana nak letak comment ni. Cam mana nak menampakkan macam comment. Pasal, as you can see… It suck!… and in super early alpha state. Saya terpaksa berfikir macam mana nak buat comment ini pasal, you see, kita boleh comment kat comment yang lain. Itulah konseptnya. Tapi sekarang nak letak butang ‘reply’ pun saya tak tau nak letak kat mana, pasal ia terlalu mengambil ruang. Saya terfikir nak buat page khas untuk comment, tapi camne orang nak tau yang ada comment? Kan? Dan nampak macam sistem AJAX ini sedikit bermasalah, dan kalau nak tau, setiap satu comment itu mengambil masa dua saat untuk load. Dan satu comment memerlukan 3 request. Pertama, check kalau ada reply untuk comment ini. Kalau ada ada ambil reply. Kedua, check kalau ada comment yang seterusnya, kalau ada, Ketiga, ambil comment tersebut. Hah! camtuhah sistemnye. Yang tak siap lagi pasal masalah style.

So, ilham yang seterusnya ialah, esok, kita buat satu page khas untuk satu Feeds, dan kat page tu bolehlah buat banyak-banyak reply. Tapi kemudian macam mana nak buat back button? Macam mana nak update lepas orang post comment? Nak refresh? Amboi! Ambil jalan mudah!. Camne pulak kalau comment tu ialah reply kepada comment yang lain? Camne? Camne? Camne?

Anyhow, itulah masalah saya, bagi comment (kat blog ni bukan kat agregatortest) kalau korang ada cadangan yang bernas atau kurang bernas pun boleh. Sape-sape yang nak submit blog kat agregatortest boleh join, pastu submit blog korang. Saya dah set auto approve. Dan kalau korang tekan ‘nice’ kat post korang nanti keluar “Damn! an error occured” tu pasal korang cuba ‘nice’ post korang . Mane aci! So tak boleh! Pergi nice post orang lain. Error message yang proper sudah dibuat tapi belum upload. Dan sesiapa yang berminat untuk buat design untuk default agregator, boleh join agregatortest, comment saya (kat blog ni bukan kat agregatortest) nanti saya bagi ‘manage_style’ permission. Ataupun korang boleh buat agregator sendiri (login kat youragregator.appspot.com, kat home ada link untuk ‘Create your own agregator’), korang akan dapat ‘superuser’ permission, buatlah design korang. Siapa yang ada permission boleh manage agregator melalui hyperlink “Manage” kat userbar (kat atas kanan page). Kalau takde hyperlink ‘Manage’ maknenye korang tak cukup permission. Ok, bye bye! Assalamualaikum semua!

This entry was posted in Personal, Projects and tagged . Bookmark the permalink.
  • sedap kau je letak nama aku macam tu. cis! aku pun tak tahu mana datang ziad tu. haha

    keep it up! 😀

  • “keep it up” je?