Introduction.

Assalamualaikum, wahai pembaca-pembaca sekelian (kalau ada). Mari saya perkenalkan diri saya.

Kamu boleh panggil saya asdacap (sebutannya saya sendiri tak tau). Itu bukan nama sebenar. Umur saya 18 tahun, saya seorang lelaki (asdacap itu “asd” + “acap”, “acap” = lelaki). Saya sedang belajar di pusat asasi UIA Petaling Jaya, dalam course ICT. Saya tergolong dalam golongan yang kamu panggil ‘geek’ komputer, dan agak berkemahiran dalam bidang perkomputeran.

Tujuan post ini adalah untuk men-tujuankan blog ini dengan memberi introduction tentang ape-ke-heh-nye dengan blog ini. Blog ini adalah blog peribadi saya yang pertama dan saya akan secuba mungkin mengekalkan bahasa melayu dalam blog ini. Walaupun ini adalah blog peribadi saya yang pertama (yang sepenuhnya online … agaknya), ianya bukanlah blog/website yang pertama saya karang. Antara blog/website lain ialah:

By the way, saya sebenarnya lebih selesa kalau menulis dalam bahasa inggeris (pasal rookiecode.blogspot.com) so.. kalau saya campur BM+BI , tambah sambal sikit, tak pedas sangat kan? 
By the way (again), kalau korang perasan, bila korang google “bagaimana membentang dengan baik”, blog saya (pembentanganbaikasdacap.blogspot.com) akan dapat ranking yang pertama. Tak caye? Cuba try sekarang, bukak tab baru, bukak google (www.google.com), pastu taip “bagaimana membentang dengan baik”. Dah? Percaya tak? Ok,ok, saya tau korang tengah cakap “what the @#%& !?, ranking pertama siot!” atau lebih menakutkan lagi korang fikir “Eh, itu blog rujukan aku !”. Sebenarnya, ranking itu memang sepenuhnya nasib sahaja, dan pageview hanya dalam 300 sebulan dan ditambah lagi bounce rate 70%, so memang nasib (yang sebenarnya agak buruk) sahaja. Blog itu sebenarnya sebahagian daripada jurnal saya.
4 result yang pertama + show more result.

Dulu-dulu pada tahun 2009, fikiran saya sangat stress, jadi saya buat jurnal. Dalam jurnal tu, saya tulis macam-macam dalam pelbagai bahasa saje nak lepaskan stress. Lebih tepat lagi apa-apa yang saya rasa saya nak taip. Sesetengah daripadanya saya print, pastu saya bagi kat member-member saya, kenapa? Entah, saja nak lepaskan stress. Kebanyakan jurnal itu sebenarnya agak lawak, macam ada salah satu daripadanya bertajuk “polisi cinta saya”. Yang itu (bagi saya) antara yang agak smart. Dan ada juga yang bersifat sebagai rujukan atau panduan seperti “panduan membentang dengan baik”, jeng…jeng…jeeng… So, “panduan membentang dengan baik” adalah antara article yang saya letak kat internet dengan harapan mungkin ia dapat membantu orang lain. Sebenarnya saya letak jugak semua post-post 2009 yang lain, semuanya berjumlah lebih kurang 22000 perkataan (record whoa!), tapi post yang lain letak kat blog yang lain. Dan sebenarnya lepas 2009, saya dah tak stress sangat, lalu penulisan jurnal saya telah berkurangan dengan sangat drastik, sehinggakan hampir tiada lagi jurnal.
Ops, balik ke cerita, so, saya letak jurnal saya kat blogger pada hujung tahun 2009. Lepas tu, saya bertukar dari pakai yahoo mail kepada gmail, maka saya buat account blogger baru untuk projek-projek baru. Lama kelamaan dalam lepas SPM, saya terfikir nak jenguk balik account blogger lama, saja nak tengok-tengok. 
Blog pertama….pageview…0, cantik… 
Maksud saya, takkanlah google tiba-tiba berminat dengan jurnal saya kan? dengan SEO blogger yang teruk lagi tu… aku check lagi blog lain, 
Blog kedua…pageview 0, cantik…. 
standardlah blog copy-paste tak dapat pageview langsung kan?…
Blog ketiga… pageview 317….
Ehem… pardon me… lap-lap cermin mata, refresh, F5, F5,
 …pageview 318….
So waktu tu aku pun macam “What the ####?”, check-check keyword, try google, “bagaimana membentang dengan baik”….then, aku pun macam “what the @#%& !?, ranking pertama siot!”, macam korang jugak lah kan?
Dah perasan pasal tu, saya pun berasa ter-tanggungjawab terhadap 318++ penggoogle dari malaysia, singapore dan brunei itu, terhadap maklumat tersebut yang sebenarnya ialah jurnal saya. So saya update sana-sini, tukar design, bagi warning -“Ini diari aku la! Jangan percaya sangat kat aku nie!”-, tambah lagi sikit post, sampai kalau korang google “powerpoint berkesan”, blog tu ranking yang ke 3. Tapi setakat tambah sana-sini sahaja. Kalau diikutkan, rookiecode ada lagi banyak post, tapi mungkin pasal rookie code ada banyak competition, jadi pageview pembentanganbaikasdacap.blogspot lagi banyak, buat malu aje.
Post “Powerpoint Berkesan” sebenarnya tidak ada dalam jurnal, ia ditambah.

So, itulah sikit-sikit cerita pasal blog lama saya. Ada lagi blog lain yang takde pageview langsung, tapi pasal agak private sikit (dah diari aku, duh!), kemungkinan besar korang takkan jumpa jurnal lama aku, melainkan aku tiba-tiba lembut hati nak dedahkan segala rahsia yang ada di hati, yang mana probabilitinya agak rendah. 
Anyway, pasal ini post pertama aku, subscribe-lah blog ini supaya jiwa ini terasa lebih dihargai. Sekian terima kasih….Bye…
This entry was posted in Personal and tagged . Bookmark the permalink.
  • hahaha hebat gak kau punya blog tu. 😀
    kalau aku punya “huda diaz”. mesti pelik kenapa tak guna nama sendiri kan? sebab kalau cari zaid huda blog aku tak mampu. haha

    bagi lah yang lama-lama punya. nak kenal kawan. haha

  • Takleh!

  • aku tak try pom. wakakakaka

  • mmang tabley bla kan haha