Categories
Projects

Jom buat blog agregator.

Assalamualaikum semua!

So saya dapat satu ilham untuk project saya yang seterusnya, yakni “YourAgregator”. Semuanya bermula apabila saya buat blog nie. Saya mem-marketnye merata-rata di pelbagai facebook group, dan akhirnya dapat dalam 200 pageview dalam masa 3 hari. Pastu hari ke 4 takde pageview langsung… teng…teng…teng… Tapi tu bukan ceritanya., ceritanya ialah apabila saya mendaftarkan blog saya di blog http://iium-blogger.blogspot.com/. Yang agak pelik sikit ialah cara pendaftarannya ialah dengan memberi nama dan blog dalam comment kat salah satu post kat situ. So… memang tak macam pendaftaran. Tapi lepas tu, diorang ada letak widget baru yang special yang mana kitorang letak kitorang punya nama dan blog url kat dalam sejenis form, baru ok sikit, tapi tak nampak professional. Tambahan lagi, saya agak keliru dengan apa gunanya blog tersebut? dan apa manfaatnya terhadap blogger-blogger iium? Adakah blogger iium akan dapat traffik daripada senarai blog yang bermacam-macam tu? Siapa yang akan klik di situ? Dan kemudian saya teringat dengan salah satu website geek komputer yang sangat terkenal, AKA Slashdot. Slashdot ialah sejenis blog agregator. Slashdot tidak mempunyai maklumat sendiri, tetapi bergantung kepada submission daripada user-usernya.

So muncullah ilham untuk menghasiklan satu website sendiri yang dipanggil, “YourAgregator”. Saya pilik nama tu pasal…. saya tak tau nak letak nama lain. But that’s not the point. Your Agregator membolehkan pengguna membuuat group agregatornya sendiri, yakni slashdot mereka. Pengguna boleh submit rss mereka, dan kemudian apabila mereka update blog mereka YourAgregator akan secara automatiknya mensubmit post mereka kedalam agregator itu. Tambahan lagi, kita boleh buat ranking system, yang mana post yang lagi power, akan ditempatkan di front-page. hah? Amacam ok tak idea tu? 
YourAgregator masih lagi dalam pembikinan peringkat ‘alpha’ dan mungkin mengambil masa hampir seminggu untuk siap. So stay tune ok?
ps;….saya tak tau apa yang korang fikir, tapi bagi saya….BM saya agak teruk dan tak menarik. RookieCode pun lagi ok.

One reply on “Jom buat blog agregator.”

Leave a Reply

Your email address will not be published.