An (almost) Emergency Bugfix

Ok, so harini saya akan mengupdate tentang upload terbaru YourAgregator. Pada upload yang kali ini, kebanyakannya adalah bugfix dan feature yang dianggap baru pun, yang baru dibuat sejam lepas adalah Feedback form.

So, apakah yang menyebabkan saya mengupload YourAgregator yang ini? Cerita nye begini…..

Pada suatu hari…di pagi yang indah… seorang geek sedang membuka chrome, untuk melihat status google app engine. Kemudian, dia melihat di section log, untuk mengenal pasti sebarang server error yang wujud. Alangkah terkejutnya budak tersebut apabila terdapat masalah apabila seseorang telah cuba untuk melogin menggunakan account twitter tetapi gagal! Setelah mencuba mendebug-debug masalah tersebut, budak tadi masih lagi tidak berjaya menyelesaikan masalah tersebut ;-( sob…sob…sob…

 Sedih kan cerita tadi? Dan disebalik itu, ada masalah-masalah lain yang antaranya yang paling kritikal ialah masalah dalam javascript untuk kita punya AJAX pages yang menyebabkan pengguna takleh join….dan login…..Saya tau, itu masalah yang sangat besar. Begitu juga dengan masalah lain seperti form untuk create agregator tak berfungsi…Masalah besar lagi. So, disebabkan serangga-serangga itu, saya mengupload YourAgregator dengan fix-fix berkenaan. So sekarang kalau korang login (dah boleh dah), korang akan jumpa login page yang lebih cantik seperti ini:

Yang pasal masalah twitter tu, saya masih lagi sedang mencuba, mungkin dah boleh dah (CeTry sekarang). Kemungkinan besar, masalah tu timbul sebab domain kepada login page tu tak diubah, yakni :

Takleh gini bang.

So twitter tak kasi sebab token yang diregister kat twitter berdaftar kat domain youragregator.appspot.com, bukan subdomain-nye. Tapi sampai sekarang takleh jugak. Kenape? Ntah. Masih lagi menjadi misteri. So buat masa ni, korang kena login pakai Facebook atau Google atau Yahoo lah. Nak buat macam mana….

Dan juga, disebabkan segala masalah ni, saya telah buat satu page khas untuk report masalah, kalau korang tengok kat agregatortest, bahagian atas kiri, ada link untuk ‘Feedback’. Kat situ bolehlah korang berleter panjang-panjang.
Banyak ruang tu! Boleh komen banyak-banyak!
Korang tak perlu login pun untuk buat feedback. Disebabkan itu saya perlulah letak recaptcha kat situ. Hanya nama dan report yang wajib diletakkan. email tu optional, so bolehlah korang luahkan perasaan kat situ. 
Satu lagi, korang perasan tak kat atas kanan gambar nie, kat perkataan AsdacapCap dah jadi link. Link nie, kalau korang tekan, korang akan jumpa satu page yang…macam tak siap. Itu pasal, ia memang tak siap pon. Asalnya saya nak siapkan perkara tersebut dulu, tapi memandangkan serangga-serangga kali ini agak kritikal, So saya upload versi yang tak siap dengan bugfix dulu.
Oklah, itu adalah update kali ini, bugfix. Lain kali, mungkin kita akan ada chat support atau messaging system, atau domain yang baru, tapi yang pasti. lama lagi nak siap. I’m just a person who is lazy and often play battlefield. So, cau dulu ya! Bye Bye! Assalamualaikum! 
This entry was posted in Projects and tagged . Bookmark the permalink.