Another Upload

Assalamualaikum semua! Apa khabar! Ya! benar! say masih hidup lagi haha!

OK, so macam biasa selepas baru upload versi YourAgregator yang baru saya akan buat blog post tentangnya. Memandangkan kali ini saya mengambil masa lebih daripada 3 hari untuk mengupload versi kali ini, pasti banyak benda baru kan? SALAH!!! Tidak banyak benda baru yang diletakkan. Kebanyakan benda-benda yang baru pun di-commit pada hari ini. Jadi apakah yang menyebabkan delay yang sebegini?

DOJO JAVASCRIPT FRAMEWORK

 Selalunya kita dengar tentang jQuery kan? Tapi kita jarang dengar tentang Dojo. So satu hari saya cuba try tengok webpage dojo. WOW! adalah pendapat saya yang pertama tentang dojo. Membandaingkan dojo dengan jQuery ibarat membandingkan Qt dengan gtk. Dojo membunyai BANYAK kebolehan seperti Deferred dan Object Store dan yang paling hebat (bagi saya) ialah senarai widget-widget nye yang nampak sangat professional! Maka timbullah satu semangat dalam diri saya untuk memasukkan dojo ke dalam YourAgregator dan kemudian baru saya faham kenapa jQuery lebih famous berbanding dojo.

Satu perkara yang saya sangat suka tentang dojo ialah dia punye Rich Text Editor. Seperti yang tertulis di YourAgregator TODO list, salah satu benda baru yang saya nak letakkan di YourAgregator ialah kebolehan untuk submit hanya satu post, bukannya rss. Dan disebabkan description post tersebut sepatutnya boleh ada benda-benda seperti ‘link’ dan ‘bold’, tugas meng-edit description tersebut paling sesuai dilaksanakan oleh Rich Text Editor. Maka mulalah perjalanan saya untuk meletakkan dojo-punye rich text editor kat submit_page. Namun setelah meletakkan Tab Layout (dari dojo) satu masalah timbul. Tab layout takleh auto resize macam jQuery punye Tabs. SO kita kena letak fixed height kat Tab Layout. Ok, boleh diterima. Saya letak fixed height. Kemudian baru saya letak dojo Editor. Ok, so far so good. Editor keluar cantik. TAPI editor takleh diletakkan di tempat textarea.  Saya fikir, takpe…takpe…editor dia cantik…Nanti kits buat manual post ok. Test-test ada masalah lain yang keluar. Error ‘the id=’bla-bla’ has already been registered’ (lebih kuranglah). Ha? Ape ke heh? dojo Editor tak keluar? And so mari kita debug masalah ni, masalahnya ialah YourAgregator telah menggunakan teknik ajax untuk load submit page (yang saya cerita kat post lepas). Dari situ, tekan ‘back’ akan menyebabkan dia load agregator pakai ajax, dan memusnahkan page yang lepas. Tapi segala javascript object masih lagi intact. Tambah lagi dengan dojo framework yang sangat integrated itu. Namun apabila kita bukak balik submit page tersebut, kita cuba register editor dengan id yang sama, dengan yang dah ada dalam dojo punye registry. So keluar error tersebut dan editor tak keluar. Begitu juga dengan tab layout (kalau tak silap saya). Tapi takpe…takpe… dojo punye Editor cantik… So saya pun buat macam-macam, publish-subscribe event dan akhirnya keluarlah editor tersebut dengan berfungsi.

….must…..resist…dojo….

Of Course saya tak cerita pasal lima error yang keluar setiap kali saya bukak page tersebut, tapi bila dia dah render elok, kita biar ajelah. Saya jugak tak cerita pasal masalah dojo.require kat dalam Ajax page yang mana membuatkan saya men-dojo.require kat agregatorbase walaupun widget tersebut tidak dipakai. Tak termasuk dengan kelajuannya yang ‘mendebarkan’. Tapi satu yang pasti. Lawa kan? Nampak professional, jika dibandingkan dengan sekarang….

something is not right.

Ok, mungkin tabnye nampak lawa sikit, tapi form-nye tak seragam. Kemudian, saya cuba untuk pakai dojo DataGrid. tapi ada masalahnya pasal itu dan itu dan kemudian, dua hari berlalu. Bottomline…Banyak giler problem! Dan disebabkan tak ramai yang pakai dojo, tak banyak maklumat tentang dojo kat internet. Documentationnye pun tak membantu sangat. So saya fikir, wow susah giler. Highly unconfigurable. Banyak benda yang terpaksa di buat-hack. So akhirnya saya berhenti menggunakan dojo dan revert balik pakai plain HTML dan jQuery serta JWYSIWYG editor.

So itulah ceritanya yang membuatkan saya lambat. Hujung minggu ni banyak masa dibuang dengan memahami dojo, mencari solution di internet dan Battlefield Play4Free. Tapi, bukan takde perubahan langsung.

Pertama, member boleh submit post sahaja bukan rss (seperti di atas).
Kedua, admin boleh buat page sendiri, siap dengan ajax loading. dan menu.

Ketiga, kat main webpage, ada senarai agregator yang berdaftar.

“Description? Do you need it?” kalau agregator ni masuk kat google, kat bawah link nanti keluar “Description? Do you need it?”. Description digunakan (atau akan digunakan )  sebagai meta description.

Sudah tentu, kalau anda try untuk buat ‘page’ yang baru anda akan rasa sangat kecewa dengan form yang sangat mengelirukan serta tidak kena pada tempatnya. Jangan risau, tiga hari yang akan datang didedikasikan untuk bugfix dan design. So, itu sajalah perubahan yang boleh dilihat. Antara perubahan lain adalah sedikit optimization yang sepatutnya membuatkan agregator load cepat sikit.

So, itu sahaja! Dengan itu, bye-bye sesiapapun yang sedang membaca! googlebot pun boleh! Assalamualaikum!

This entry was posted in Projects and tagged . Bookmark the permalink.