Automatic IIUM Schedule Formatter!

Hai! Assalamualaikum semua!

Harini saya nak memperkenalkan projek mini terbaru saya yang saya panggil

 Automatic IIUM Schedule Formatter!
Program ini sangat simple dan tujuannya sangat simple dan hasilnya juga sangat simple. Gambarajah simple dibawah ini cukup simple untuk menerangkan apa tujuan program yang simple ini dengan cara yang simple.
Ada paham? 
Ok, so mungkin tak cantik. Dari hitam putih ke hitam putih, Tapi yang pentingnya, asas kepada program ini sudah ada dan ini baru versi 1. Macam mana pulak dengan versi 2? Macam mana kalau saya masukkan Styler dari YourAgregator? Macam mana kalau saya sumbat sekali theme gallery? Macam mana kalau saya pasarkan kat group Creative Multimedia Club dan diorang submit theme diorang? Ha! nampak potensinya? 
Unfortunately, lusa saya dah balik UIA, minggu depan exam math, so tak ada banyak masa nak buat apa-apa. Tambahan lagi, saya tak ada notebook. Kalau nak bawak desktop pun, mungkin minggu ketiga. So… lama sikit lah ye.
Ok, so macam mana kamu nak gunakan time table nie?

Pertama, bukak IIUM Portal, login, pergi ke MyAcedemic, kemudian Course Registration Slip. Bukak slip yang dikehendaki, sampai macam screenshot yang pertama kat bawah nie.

Kedua nie, agak complex dan menakutkan. Copy setiap huruf code dibawah:Paste kat URL bar. Seriously, betul saya cakap nie. 
javascript: {var e=document.createElement('script');e.src = 'http://iiumschedule.appspot.com/static/scheduleformatter.js';e.type='text/javascript';e.addEventListener("load",function(){startscheduler()} );document.getElementsByTagName('head')[0].appendChild(e);}

Paste code tadi kat url bar. Nanti ada popup window, dan tada! Jumpalah time table tu. Save, print dan buatlah apa yang korang nak buat. 
Tada!

Horay! Teknik ini sudah diuji terhadap akaun CFS IIUM, saya tak taulah pulak dengan pelajar IIUM kat gombak/kuantan sana. Tapi kalau IIUM pakai sistem yang sama, patutnya boleh aje berfungsi.

Sesiapa yang terer komputer akan perasan yang saya dengan teknik ini, anda akan melakukan javascript injection terhadap page IIUM. Kenapa perlu begitu? Asalnya saya ingat nak save aje, pastu parse, tapi tak boleh. Nampaknya IIUM Portal ada sistem security yang kuat sikit, so kena ada sikit hacking.

Bagi yang tak faham bahasa komputer, senang cakap, kalau ada sapa-sapa suruh korang buat macam nie, dan sumber code itu meragukan, macam “Facebook Unlike button”, atau “Win an Ipad 2!”, JANGAN BUAT APA YANG DISURUH. Basically, ia menyuruh anda untuk menjalankan javascript dari sumber yang tak dikenali dan kemungkinan javascript tersebut mengandungi virus, dan akhirnya muncullah virus di Facebook.

Bagi sesiapa yang terer komputer dan berminat untuk mengetahui bagaimana program ini berfungsi, silalah lakukan ‘reverse engineer’ terhadap code tersebut yang mana tidak di ‘minified’ pun. Dan by the way, disebabkan pelbagai cross-doman scripting restriction, saya telah mengambil jalan mudah dengan menyimpan jadual anda di server terlebih dahulu. So, ya saya boleh tahu jadual anda kalau saya tahu nama anda dan saya berminat untuk mengetahuinya. Tapi jangan risau, nanti saya buat server tu auto delete record yang berumur lebih dari 1 jam ok?

So.. itu ajelah. Walaupun tak secantik mana, tapi ada potensi. So, selamat malam, good night, goodbye dan Assalamualaikum!
This entry was posted in Projects and tagged . Bookmark the permalink.