IIUM Schedule Formatter v2 Now With Styler!

Ok, so let’s make this short and simple….

Assalamualaikum semua! Apa khabar! Ok, so di kesempatan yang sangat pendek ini, saya ingin memperkenalkan update terkini terhadap project mini saya iaitu Automatic IIUM Schedule Formatter v2. Sebenarnya ia lebih kepada versi 1.1 atau 1.2 dan untuk v2 saya nak letak beberapa perubahan lain lagi, namun disebabkan kesuntukan masa dan komputer, saya tidak dapat melakukan banyak perubahan.

Bagi anda yang tak tahu lagi apa itu Automatic IIUM Schedule Formatter, bolehlah baca post saya ini yang menerangkan tentang ape-ke-heh-nye dengannya. Post yang ini hanya bertujuan untuk menerangkan cara penggunaan di Firefox, yang mana tidak berfungsi dengan v1 serta menerangkan tentang fungsi Styler yang membolehkan anda untuk men-decorate jadual anda.

Ok, so sebelum ini, teknik copy and paste code berfungsi di chrome dan ie, namun, untuk firefox versi 6 ke atas, ia tidak berfungsi dan tidak melakukan apa-apa. Masalah ini terjadi disebabkan oleh satu ‘bugfix’ di firefox, yang, senang cakap tidak membenarkan anda untuk meng-copy-paste javascript code di url. ‘bugfix’ ini mungkin sekali dilakukan disebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang menganiaya pengguna dengan menipu mereka untuk meng-copy-paste javascript yang mengandungi virus. Disebabkan itu, saya telah merangka work-around lain yang sudah diuji berfungsi dengan firefox. Teknik ini juga secara teknikalnya patut berfungsi dengan chrome sekalipun.

So, apakah caranya? Pertama sekali, right click link di bawah ini, dan click ‘bookmark this link’

Kemudian bukak Course Registration Slip seperti yang ditunjukkan dalam post yang pertama. Tapi, daripada meng-copy-paste code javascript yang saya berikan, anda cuma perlu tekan link ‘Automatic IIUM Schedule Formatter’ di menu bookmark firefox. Kemudian, allow popup, dan akhirnya, jadilah jadual yang sudah di format.

Ok, perkara kedua yang saya letak ialah Styler. So, kalau kamu cuba pakai schedule formatter ini tadi, kamu akan perasan yang sekarang anda boleh ubah penampilan jadual anda mengikut citarasa anda. Ok, hampir mengikut cita rasa anda. Ok, mungkin anda belum boleh edit CSS lagi, saya akan cuba mengusahakannya.. Kode Styler itu sebenarnya datang daripada Styler dari YourAgregator, so, banyak hard work yang sudah dilakukan. Apa yang saya buat cuma ‘plug and do-some-modification and play’. Cuma bezanya upload hari ini berbandiang semalam ialah, semalam anda tak boleh save jadual anda. Sekarang boleh. Jadi bolehlah save ke pendrive dulu, baru print kat CC.

Perasan tak yang nama tu ada shadow?

Ok, so that’s it lah. Memang tak banyak perubahan pun, tapi dah tak ada masa nak buat macam mana kan? So bolehlah anda try Styler yang baru ni. Nanti akan datang saya buat Style Gallery pulak ok? So… See you soon! Bye! Assalamualaikum!

This entry was posted in Projects and tagged . Bookmark the permalink.