Automatic IIUM Schedule Formatter, now v4.0!

Assalamualaikum semua! Apa khabar? What are you thinking? May be you are thinking “What? 4.0 already?”. Well, versi sebelum ini adalah 3.3, macam mana boleh sampai situ saya tak tau, dan kali ini ada sikit incompatible update, so “git tag v4.0”.

So whats new? Sebenarnya ada dua aje benda yang baru, pertama styler yang baru dan kedua kebolehan untuk save sebagai gambar di facebook. Styler tersebut merupakan update daripada YourAgregator yang ada sekarang yang mana datang daripada AIIUMSF yang dulu yang mana datang daripada YourAgregator yang asal. So, mari kita lihat screenshot…..

Di bawah kiri ada butang expand/shrink.

Styler yang baru ini secara layoutnya berlainan dengan styler yang lama. Di styler yang lama, css mengandungi senarai ‘selector’ yang boleh di style-kan. Layout control, kedudukan slider untuk border, padding dan sebagainya fixed. Malangnya design tersebut sangat tidak sesuai untuk css yang mana untuk ubah sesuatu mungkin kita perlu ubah ‘parent’ kepada sesuatu itu. Tambahan lagi, ianya susah nak digunakan.

Berbeza dengan dahulu, css sekarang ini mengandungi layout kepada control tersebut. Ini bermakna, kedudukan setting sesuatu di styler boleh diubah dengan mengedit css. Kalau tak faham tak ape. Senang cakap, designer sekarang boleh meletakkan ‘control’ di tab mana yang diorang suka, membolehkan mereka untuk me-layout untuk memudahkan pengguna.

Jika kita lihat di css yang asal, ia menganding satu comment bertanda ‘layout’ yang mengandungi JSON(JavaScript Object Notation) yang menandakan kedudukan sesuatu control serta css selector yang control tersebut kawal.

By the way, ini adalah default style yang baru.

Lagi satu tambahan AIIUMSF adalah butang “Save in FB”. Basically, ia akan keluarkan dialog di facebook meminta kebenaran untuk publish stream, benarkan dan jadual anda patut ada dalam gallery. Amaran, “Save in FB” tidak keluar dalam tab yang baru macam “Save”, dan kemungkinan besar jadual anda tidak akan render dengan betul di FB. Ianya disebabkan kelemahan Google Conversion api, dan disebabkan saya tidak menggunakan ‘server’ yang sebenar, saya tak boleh buat apa-apa untuk membetulkannya. So, saya rekemen kamu “Save” dahulu sebelum “Save in FB”.

And… thats about what it should do. Arahan penggunaan boleh didapati di iiumschedule.appspot.com, tolong like page tersebut, Bye bye dan Assalamualaikum.

This entry was posted in Projects and tagged . Bookmark the permalink.