Automatic IIUM Schedule Formatter V5

Assalamualaikum semua! Apa khabar?

Tanpa membuang masa lagi, dengan ini saya mengesahkan bahawa AIIUMSF versi 5 sudah online. V5 membawa Styler versi baru yang membawa beberapa perubahan yang memudahkan kerja-kerja me-style jadual. Jika anda pelajar IIUM yang baru tahu tentang kewujudan Automatic IIUM Schedule Formatter dan tidak berminat tentang apa yang baru di V5, silalah terus ke main page Automatic IIUM Schedule Formatter untuk manual pengguna/arahan/readme.

Disebabkan Styler digunakan oleh dua projek sekaligus, saya sekarang dengan rasminya menjadikan Styler sebagai projek-nya sendiri. Dan dalam versi styler ini, ada beberapa perubahan(dalaman) yang ketara berbanding sebelum ini. Kita mulakan dengan perkara yang paling tak ketara yakni, refactorization of Styler menghilangkan kebergantungan styler terhadap global variable sebanyak… banyak! Membolehkan lebih daripada satu Styler berfungsi pada waktu yang sama, walaupun saya tak tau projek apa yang akan buat macam tu. Perubahan tidak ketara kedua yakni layout didalam CSS sekarang ini adalah optional! Ya! Tiada lagi CSS yang panjang lebar sedangkan kebanyakannya hanyalah layout. Kebanyakan layout itu sudah dipindahkan kedalam javascript, yang menyebabkan javascript pula yang jadi panjang lebar. CSS masih lagi boleh mengandungi layout, dan layout itu akan diappend dengan layout yang sudah diberikan menerusi javascript.

Ketiga, perubahan yang masih lagi tidak ketara kepada kamu, yakni perubahan format layout styler yang sekarang ini menstandardkan kebanyakan description. Saya nak tunjuk bagaimana perbezaannya namun saya rasa itu tidak berguna kerana kamu tak faham pun apa itu layout styler. Senang cakap, kalau entah macam mana dapat hidayah nak try buat layout sendiri, kuranglah sakit kepala kamu berbanding layout yang lepas. Namun begitu, ia menyebabkan layout yang lepas takleh pakai. So kalau kamu ada buat layout sendiri, yang mana saya sangat sangat pasti tidak ada, layout kamu takleh pakai dah!

Keempat, akhirnya perubahan yang kamu boleh nampak, yakni colorpicker yang baru! Colorpicker mempunyai design yang lebih simple, namun ia ada support untuk transparency! Ya! Sekarang dengan styler, kamu boleh buat text transparent atau separuh transparent. Warning, CSS ini hanya berfungsi untuk…. kebanyakan browser kecuali IE8 dan kebawah, namun kemungkinan besar IE8 tak boleh start styler pun. So, jika kamu ialah peminat tegar IE, saya sangat recommend kamu update ke IE9, ia akan mengurangkan sakit kepala global dalam kalangan web designer dan pengguna IE sendiri.

Saya nak tunjukkan gambar Colorpicker yang baru tapi nanti bocor pulak perubahan yang kelima yakni COLOR PALETTE SYSTEM!!! Ya, tujuan sebenar saya buat colorpicker sendiri adalah untuk integrate system ini. Mari kita lihat screenshot pertama……

Tada! Color picker yang baru. So, macam color picker biasa, nampak color yang cantik, tekan. Dan slider kat bawah tu ada transparency. Tetapi benda yang baru adalah Color Palette System, di sebelah kanan color picker tu, ada senarai color yang kamu boleh tekan. Kalau kamu tekan gambar yang ada 4 warna kat atas tu, color picker tu akan jadi macam kat bawah ni.
So, color tu ada namanya, not a big deal right? Benar, saya hampir terlupa yang dia boleh buat macam ni tadi, kerana apa yang penting tentang Color Palette ialah kebolehannya untuk letak semua color palette kat satu tab macam kat bawah ni.

 Ya! Sekarang styler ada satu tab yang tak termasuk dalam layout yakni tab “Color”. Kat tab ini, kamu boleh ubah warna kepada palette tadi. Yang bagusnya, element yang pakai color palette tersebut juga akan diupdate. Contohnya kat atas tadi saya dah set table header punya background color untuk pakai color palette “Table Header”, so bila saya ubah color “Table Header” kat tab color menjadi magenta, element yang pakai color ini, akan update menjadi magenta! So dengan theme yang betul, kamu boleh set macam-macam color dengan hanya pakai tab ini.

 But wait, there’s more! Kat tab itu juga ada predefined color palatte! Macam palette theme. Click kat theme dan ia akan tukar color palette mengikut theme tersebut daripada ini:

Kepada ini:

Atau ini:

So, ya macam theme jugaklah, namun begitu buat masa ini, tiada cara untuk kamu submit color palette theme. Dan kalau nak tambah color palatte pun, contoh kalau kamu nak buat color “light background”, buat masa ni satu-satunya cara adalah untuk edit css secara manual dan edit comment yang bertulis “Color Palatte”.

Maka itulah sahaja benda yang baru untuk release ini. So have fun theming your schedule, Assalamualaikum and good bye.

This entry was posted in Projects and tagged . Bookmark the permalink.