Hai! Assalamualaikum semua! Dalam post ini saya akan membentangkan tentang update youragregator yang terbaru. Sebenarnya dari pagi tadi lagi dah siap segala upload, tapi pasal ada program harini, jadi pengumuman ini dihasilkan pada hari ini.
So, apa yang terbaru dalam YourAgregator? Yang pertama sekali ialah perubahan domain, yakni:
Itu sahaja. Disebabkan perubahan ini, sesetengah authentication (Facebook) sudah misconfigured, menyebabkan korang takleh login menggunakan service provider tersebut. Tapi takpe, masalah ini masalah kecil, dan mungkin sudah diselesaikan pun.
Yang kedua, kemunculan chat support dalam YourAgregator:
Yes, chat support sudah wujud. Ia tidak menggunakan shoutbox atau segalanya, just plain python, datastore and google channel api. Dan disebabkan itu, dan juga kerana youragregator di-hostkan atas free quota, hanya ada 100 orang boleh daftar chat sehari. Kalau kamu refresh, kamu dikira mendaftar semula. So, kalau kamu refresh 100 kali, orang lain takleh chat.
Selaindaripada itu, ada banyak caching yang dilakukan dibelakang tabir. Dan juga, search sudah dimatikan. Kenapa? Kerana:
Yang merah to. |
Apabila search di-onkan, youragregator hanya boleh terima dalam 7 blog submission, pastu quota habis. Jadi disebabkan itu, search dimatikan.
So of course saya rasa ada benda yang pelik, memandangkan sampai 50,000 database ops hilang begitu aje. Ok, mungkin pasal ada 2 additional write untuk setiap additional indexed property, tapi kalau satu blog pakai 50 write sekalipun, patut boleh submit 1000 blog. Apapun, setelah search dimatikan, sekarang dia boleh terima 75 blog submission. Kira ok-lah kan? So, buat masa nie, just terima seadanya ok?
So… that’s it-lah. Tak ada apa-apa yang lain pun, Twitter authentication dah boleh pakai, dan caching patut melajukan keadaan (agaknya). So, bye-bye lah. Assalamualaikum.