Assalamualaikum semua! Apa khabar! So today is article day! YAY! Maka pada hari ini saya akan buat satu article tentang apa-apa pun yang saya nak tulis, dan tajuk hari ini ialah Guide to Ubuntu.
“Ubuntu tu Linux kan?”
Kenapa linux digunakan itu ada cerita sejarahnya. Pada zaman dahulu ada satu operating system yang dipanggil UNIX. UNIX pada waktu itu sangat terkenal dan banyak digunakan dalam mainframe. UNIX pada asalnya adalah operating system yang dibuat secara Open Source. Yakni, kode kepada UNIX itu boleh didapati secara percuma. Konsep Open Source ialah sesiapa sahaja boleh improve kod tersebut dan buat versi yang lebih hebat. So, in case kalau ada bug dalam UNIX orang lain boleh patch-kan bug tersebut. So, Open Source akan mengurangkan kos pembangunan UNIX.Walaupun begitu, ramai syarikat telah menyalahgunakan UNIX dan telah membuat versi UNIX lain dengan sedikit perubahan tanpa meng-Open Source-kan kod tersebut. Disebabkan ramai syarikat buat macam tu, banyaklah versi UNIX yang malangnya tidak Open Source. Akhirnya UNIX-UNIX yang tidak open source itu menjadi bermasalah, banyak bug dan bloated. Tercalarlah brand UNIX yang ketika itu apabila komputer itu tertera perkataan UNIX orang akan kata “Wow! Bagus mainframe ini!”. Disebalik kekalutan itu, muncullah sekelompok manusia yang ingin menyelesaikan masalah ini. Mereka ini digelar GNU (kalau tak silap saya), dan mereka telah berusaha untuk membuat satu operating system yang UNIX compatible (yakni boleh jalankan program UNIX) yang digelar GNU Operating System. GNU juga telah mengarang satu lesen yang digelar GPL. Lesen itu mengatakan bahawa program yang dilesenkan dibawah lesen GPL mestilah satu program Open Source dan mereka yang ingin membuat versi program tersebut yang lebih baik mestilah juga meng-Open Source-kan program itu dan melesenkannya dengan lesen GPL (ada beberapa pengecualian). Setelah berusaha keras, GNU telah berjaya menyiapkan kebanyakan user-land utility untuk operating system tersebut, namun kernel mereka yakni GNU Hurd masih belum siap. Terdesak, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menggunakan kernel lain yang dihasilkan oleh seorang yang bernama Linus Torvald. Kernel tersebut bernama Linux. Gabungan GNU dan Linux digelar GNU/Linux (dengan backslash). Namun pada zaman tersebut muncul era baru yakni era PC (Personal Computer). UNIX dan GNU/Linux pada waktu itu masih lagi bloated dan tidak mampu untuk digunakan dengan komputer berkapasiti rendah (yakni PC), dan akhirnya gagal bersaing dengan Windows. Sehingga hari ini Windows mendominasi dunia PC. UNIX dan GNU/Linux masih lagi kekal mendominasi dalam dalam dunia mainframe dan server, walaupun kebanyakan UNIX yang tak Open Source tadi telah digantikan dengan GNU/Linux yang mempunyai prestasi yang lebih tinggi dan lebih setabil. UNIX pada waktu ini merupakan spesis yang sudah pupus walaupun beberapa keturunannya masih lagi wujud dan bersaing yakni BSD dan adik-beradiknya (FreeBSD, NetBSD, OpenBSD). Now, apa yang membezakan Ubuntu dengan Linux Distro yang lain? Ubuntu adalah antara Linux Distro yang pertama yang direka khas untuk pengguna biasa. Basically, diorang dah setup supaya ubuntu itu mudah digunakan. Tambahan lagi, Ubuntu ditaja secara finantially oleh satu syarikat yang dipanggil Canonical. Canonical ditaja oleh seorang jutawan bernama Mark Shuttleworth. Dia ialah pelancong angkasa kedua dunia. So bayangkan berapa banyak duit yang dia ada.
Kalau kamu perasan, saya punya ubuntu(screenshot atas sekali) lain berbanding ubuntu yang default(screenshot atas). Benar, pasal saya menggunakan K-Desktop Environment. Kenapa? Ntah, saja tukar selera. You see, dalam dunia Linux Distro(dan sebenarnya X Windows system yang juga bermaksud ***BSDs), ada beberapa koleksi program yang bila bersama digunakan membentuk pengalaman yang sesuai untuk digunakan kat desktop/laptop. Koleksi program ini dipanggil Desktop Environment. Ubuntu secara default menggunakan Gnome Desktop environment dengan diorang punya window manager yang dipanggil Unity, menggantikan window manager asal Gnome yakni Gnome Shell. Apa yang saya maksudkan ialah, apabila kamu nak login, kamu boleh pilih desktop environment yang kamu suka, dan bila masuk, desktop kamu akan kelihatan berlainan dari desktop environment yang lain.![]() |
| MS Office 2007 on Ubuntu 11.10 |
![]() |
| mp3 player. |
But still.. Why Ubuntu
Why ubuntu? This is a highly subjective question in which to answer that I will try to give a list of pros and cons I personally think about Ubuntu.
PROS
1. Tak boleh kena Virus.
Bagi pengguna biasa, kelebihan utama ubuntu ialah, ia tak boleh kena virus. Sebenarnya bukan tak boleh kena virus, tapi lebih kepada ‘tidak mampu’ untuk menjalankan virus. Kebanyakan virus direka untuk Windows. Dan disebabkan Ubuntu tak boleh menggunakan program windows (kalau tak install WINE lagi), basically virus tu tak boleh start. Tambahan lagi, ada beberapa ciri-ciri yang menyebabkan agak sukar virus untuk masuk Ubuntu, contohnya, virus ‘niozi’ yang meng-hidden-kan folder dan buat shortcut yang nampak macam folder tapi hakikatnya start virus tersebut. Kat windows, orang akan pakai aje shortcut to pasal tak nampak folder yang asal, tapi pasal Ubuntu tak pakai ‘hidden’ attribute, jadi semua folder kelihatan termasuk yang ‘hidden’, so, pengguna akan nampak folder yang asal. Ada banyak lagi system keselamatan Linux yang mana kebanyakannya datang dari UNIX, namun secara personally, saya rasa Ubuntu tak banyak virus pasal tak banyak orang nak buat virus untuk Ubuntu. Macam Mac OS X, dulu tak ada virus, sekarang dan mula ada.
2. Lebih ‘ringan’
Ubuntu menggunakan lebih banyak memory daripada Windows XP, tapi lebih rendah berbanding Windows 7. Apabila kamu start Windows 7, penggunaan RAM kamu lebih kurang 1.2 GB. Kalau kat Ubuntu, ia bergantung kepada desktop environment. Unity/Gnome(64 bit) pakai dalam 500MB, Unity/Gnome(32 bit), lebih kurang 370MB, GNOME-Shell(64 bit) lebih kurang 700MB, KDE lebih kurang 900MB. Itu dari segi RAM, dari segi CPU dan GPU, saya rasa lebih kurang sama. Tapi personally, apa yang saya rasa ialah kat Ubuntu, kita boleh bukak banyak program, bukak banyak 20+ Chrome tab, (I mean.. come on! Laptop dengan 4GB RAM takkan takleh handle!), tapi ia kekal responsive. Tapi kat Windows 7, somehow, kita akan terasa sedikit slowdown, somehow. Dan kat Windows, makin lama makin slow, for some reason. Ada yang kata ini disebabkan windows registry makin berat. Kat Ubuntu, saya tak pasti apa yang saya dah install. Sebab rasa sama aje sebelum dan selepas install. Tapi personally bagi saya ini perbandingan yang tidak adil, pasal kat windows, ada banyak program yang akan start secara automatic bila kita installnye, macam stype, utorrent, antivirus dan sebagainya. Tak banyak program macam tu kat Ubuntu (pasal tak banyak program kat Ubuntu). Ps: Win XP hardcore, I am sick of Windows XP crashing for no reason, do not recommend it, update to Windows 7, please… sincerely…
3. Kamu akan lihat benda yang kamu ingat komputer tak boleh buat.
My friend, allow me to divert your attention to this particular video featuring Ubuntu 10.04. No video editing is used whatsoever.
![]() |
| Ubuntu app store. |
3. Require tweaking……
Bottomline.





