Now, apa yang membezakan Ubuntu dengan Linux Distro yang lain? Ubuntu adalah antara Linux Distro yang pertama yang direka khas untuk pengguna biasa. Basically, diorang dah setup supaya ubuntu itu mudah digunakan. Tambahan lagi, Ubuntu ditaja secara finantially oleh satu syarikat yang dipanggil Canonical. Canonical ditaja oleh seorang jutawan bernama Mark Shuttleworth. Dia ialah pelancong angkasa kedua dunia. So bayangkan berapa banyak duit yang dia ada.
So, let’s get started tentang kita punya preview on Ubuntu. Untuk dapatkan Ubuntu, pergi google, taip ‘ubuntu’, download versi terbaru, ikut instruction… next…next… you know the basic. So, basically kamu akan download satu iso file bersaiz lebih kurang 650MB. Untuk install kamu boleh pakai daemon tools, dan install dalam windows, atau burn kat cd, install dalam windows atau dual boot dengan windows, atau letak kat usb drive, install dalam windows atau dual boot dengan windows, pakai virtualbox untuk tak payah install langsung, boot aje dari cd tu atau usb untuk try tanpa install… banyak pilihan sebenarnya. Kalau nak kamu boleh install kat external hard disk dan boot kat mana-mana laptop. So, bottomline, macam mana nak install ubuntu perlukan blog post yang lain. Tambahan lagi, ada banyak program yang perlu diinstall selepas install ubuntu untuk keselesaan pengguna DAN sesetengah(lebih kurang 40%) laptop memang ada masalah dengan linux, so banyak kena cerita. Post ini hanya akan menerangkan briefly tentang Ubuntu
The ‘Desktop Environment’
Kalau kamu perasan, saya punya ubuntu(screenshot atas sekali) lain berbanding ubuntu yang default(screenshot atas). Benar, pasal saya menggunakan K-Desktop Environment. Kenapa? Ntah, saja tukar selera. You see, dalam dunia Linux Distro(dan sebenarnya X Windows system yang juga bermaksud ***BSDs), ada beberapa koleksi program yang bila bersama digunakan membentuk pengalaman yang sesuai untuk digunakan kat desktop/laptop. Koleksi program ini dipanggil Desktop Environment. Ubuntu secara default menggunakan Gnome Desktop environment dengan diorang punya window manager yang dipanggil Unity, menggantikan window manager asal Gnome yakni Gnome Shell. Apa yang saya maksudkan ialah, apabila kamu nak login, kamu boleh pilih desktop environment yang kamu suka, dan bila masuk, desktop kamu akan kelihatan berlainan dari desktop environment yang lain.
Sesetengah orang beranggapan bahawa dekstop environment ini macam ‘theme’, luaran semata-mata macam ‘Windows Blinds’. TIDAK, Desktop Environment bukan sekadar ‘theme’, tetapi system theme, animasi, compositing, task-manager, connection manager, etc…etc..dab banyak benda lagi.Apabila kamu tukar desktop environment, dari rupa paras, ia ibarat kamu tukar system interface kamu. Yang mana satu nak guna, apa perbezaannya, kelajuannya, itu semua diluar skope perbincangan ini.
What you can do in Ubuntu
|
MS Office 2007 on Ubuntu 11.10 |
Well… soalan yang berat di sini. Well, Ubuntu boleh digunakan macam windows atau mac. Kamu boleh bukak Firefox atau Chrome, pakai wifi iium-community, pakai libreoffice(nama baru openOffice), bukak filem, lagu, edit gambar sikit, copy/delete/paste file(duh!), basically ianya terhad dengan program apa yang ada kat ubuntu. Dan bagi saya, itu adalah kelemahan utama ubuntu, tak ada banyak program professional. Dan kenapa tak ada banyak program professional ini, personally saya salahkan ecosystem itu sendiri yang terlalu cepat berubah, linux keluar setiap tiga bulan, so driver susah nak mantain, so banyak graphic issue, so orang susah nak buat game.
Tapi itu tak bermakna ia tidak boleh digunakan. Malahan, ia boleh menggunakan sesetengah program windows, menerusi program yang dipanggil WINE (WINE Is Not an Emulator). Dan selagi ada Chrome, selagi itu ada facebook/youtube/blogger what else do you need? Oh ya! One thing for sure. Ubuntu CANNOT play game. By ‘game’ I mean new game, like COD, Battlefield, Assasin creed….etc…etc…
|
mp3 player. |
But still.. Why Ubuntu
Why ubuntu? This is a highly subjective question in which to answer that I will try to give a list of pros and cons I personally think about Ubuntu.
PROS
1. Tak boleh kena Virus.
Bagi pengguna biasa, kelebihan utama ubuntu ialah, ia tak boleh kena virus. Sebenarnya bukan tak boleh kena virus, tapi lebih kepada ‘tidak mampu’ untuk menjalankan virus. Kebanyakan virus direka untuk Windows. Dan disebabkan Ubuntu tak boleh menggunakan program windows (kalau tak install WINE lagi), basically virus tu tak boleh start. Tambahan lagi, ada beberapa ciri-ciri yang menyebabkan agak sukar virus untuk masuk Ubuntu, contohnya, virus ‘niozi’ yang meng-hidden-kan folder dan buat shortcut yang nampak macam folder tapi hakikatnya start virus tersebut. Kat windows, orang akan pakai aje shortcut to pasal tak nampak folder yang asal, tapi pasal Ubuntu tak pakai ‘hidden’ attribute, jadi semua folder kelihatan termasuk yang ‘hidden’, so, pengguna akan nampak folder yang asal. Ada banyak lagi system keselamatan Linux yang mana kebanyakannya datang dari UNIX, namun secara personally, saya rasa Ubuntu tak banyak virus pasal tak banyak orang nak buat virus untuk Ubuntu. Macam Mac OS X, dulu tak ada virus, sekarang dan mula ada.
2. Lebih ‘ringan’
Ubuntu menggunakan lebih banyak memory daripada Windows XP, tapi lebih rendah berbanding Windows 7. Apabila kamu start Windows 7, penggunaan RAM kamu lebih kurang 1.2 GB. Kalau kat Ubuntu, ia bergantung kepada desktop environment. Unity/Gnome(64 bit) pakai dalam 500MB, Unity/Gnome(32 bit), lebih kurang 370MB, GNOME-Shell(64 bit) lebih kurang 700MB, KDE lebih kurang 900MB. Itu dari segi RAM, dari segi CPU dan GPU, saya rasa lebih kurang sama. Tapi personally, apa yang saya rasa ialah kat Ubuntu, kita boleh bukak banyak program, bukak banyak 20+ Chrome tab, (I mean.. come on! Laptop dengan 4GB RAM takkan takleh handle!), tapi ia kekal responsive. Tapi kat Windows 7, somehow, kita akan terasa sedikit slowdown, somehow. Dan kat Windows, makin lama makin slow, for some reason. Ada yang kata ini disebabkan windows registry makin berat. Kat Ubuntu, saya tak pasti apa yang saya dah install. Sebab rasa sama aje sebelum dan selepas install. Tapi personally bagi saya ini perbandingan yang tidak adil, pasal kat windows, ada banyak program yang akan start secara automatic bila kita installnye, macam stype, utorrent, antivirus dan sebagainya. Tak banyak program macam tu kat Ubuntu (pasal tak banyak program kat Ubuntu). Ps: Win XP hardcore, I am sick of Windows XP crashing for no reason, do not recommend it, update to Windows 7, please… sincerely…
3. Kamu akan lihat benda yang kamu ingat komputer tak boleh buat.
My friend, allow me to divert your attention to this particular video featuring Ubuntu 10.04. No video editing is used whatsoever.
I repeat, no video editing is used whatsoever. Ini ialah versi Ubuntu 10.04 keluaran 2010, 3 series lepas. Effect-effect tersebut dihasilkan oleh window manager yang bernama compiz. Compiz sekarang ini diambang maut kerana perbagai masalah politik yang kebanyakannya disebabkan Gnome. But that’s not the point. The point is you never knew a komputer can do that right? Come on admit it. Ecosystem GNU/Linux itu sangat customizable, tapi untuk customize ia, kamu kena belajar, dan dari belajar kamu dapat tahu serba sedikit tentang macam mana komputer berfungsi, network dan sebagainya. Kamu akan lihat benda yang kamu ingat komputer tak boleh buat.
CONS
1. Driver issue and stability.
Bukan semua komputer fully compatible dengan Ubuntu. Sesetengah laptop kena ada sikit tweak baru boleh start. Sesetengah laptop, wifi tak berfungsi. Walaupun versi baru Ubuntu dah hampir tiada masalah wifi, tapi signal wifi mungkin lebih rendah. Begitu juga dengan banyak benda lain, notably graphic card driver. Kalau kamu pakai descrete graphic card (AMD/nVidia), saya sangat recommend kamu install proprietary driver the first thing you install Ubuntu. Kalau kamu pakai Intel GMA atau apa yang Intel buat, sama ada Ubuntu boleh hidup terus tanpa banyak songeh, atau screen blank terus. Ada sikit tweak yang perlu dibuat. Mungkin ada yang berpendapat bahawa Ubuntu sangat setabil, komputer takkan crash. Ya, sangat setabil SELEPAS kamu selesaikan masalah tadi. Nak selesaikan pelbagai perkara tadi, bukan perkara yang manusia biasa boleh buat.
2. Lack of professional program and NO GAMES
|
Ubuntu app store. |
Ya, ada banyak program untuk Ubuntu cukup untuk kegunaan harian. Program yang saya maksudkan di sini ialah program yang orang betul-betul pakai, macam Microsot Office, Adobe Photoshop, AutoCAD, semua tu tak ada versi Linux. Saya tak salahkan microsoft atau sesiapa, pasal nak buat program untuk linux perlukan lebih kemahiran pasal banyak fragmentation dalam dunia linux. Of course ada WINE, tapi ia tidak sentiasa berfungsi. Versi Wine 1.4 dikatakan boleh pakai Microsoft Office 2010, tapi saya personally masih belum berjaya. Tampahan lagi, WINE tidak sempurnya, contohnya Adobe Photoshop CS5 boleh start, tapi cursor ada masalah, nak lukis kadang-kadang boleh kadang-kadang tak boleh. Mengenai games, gabungan masalah graphic driver, perbezaan directx dengan opengl, penyalahgunaan x-window system, banyak desktop environment telah menyebabkan kebanyakan game tak boleh dijalankan walaupun menggunakan WINE. Accept it like a man. Do a dual boot and play it from Windows 7.
3. Require tweaking……
Banyak masalah-masalah tadi bukan tak boleh diselesaikan, tapi agak susah nak diselesaikan. Sesetengah orang nak program itu untuk Just Work. Thats not really the case for Ubuntu, unless you plan on opening facebook using Chrome, well, yes of course it will just work, duh!. Tapi kalau kamu berhasrat nak buat lebih sikit, kamu kena google banyak.
Bottomline.
Untuk pengguna biasa, saya recommend kamu install ubuntu sebagai backup system. In case kalau kamu nak pakai pendrive yang ada virus, komputer kamu kena virus or for some reason windows xp crash and you want to google for solution, Ubuntu is excellent for that. Sesetengah laptop yang branded ada preinstall ‘basic system for browsing’, yang mana start cepat in case kamu nak bukak internet tapi malas nak bukak windows. ITU IALAH UBUNTU yang diubahsuai sedikit…kebanyakannya lah. So, daripada bayar lebih, lebih baik kamu install sendiri. Saya nak cerita jugak macam mana nak install ubuntu, tapi sebab ada banyak cara dan kesuntukan masa, saya tamatkanlah sahaja post saya kali ini. Mungkin lain kali saya cerita pasal desktop environment, mungkin pasal macam mana nak install tapi itu lain kali lah. Anyway, farewell, happy reading and Assalamualaikum.