Categories
Projects

Mengenai YourAgregator!

Assalamualaikum semua!

Apa khabar! tensyen? Samela kita. So let me say what ever I want to say ok?

Ok, mula-mula sekali, mari kita jenguk sebentar ke projek saya yang terbaru, yakni ‘YourAgregator!’. Mari kita lihat home page nye….

Tada! cam website tak cukup designer. Memangpun, aku sorang aje yang buat! Dah la aku tak reti design. So, cam [sensored] sikitlah kan. Unfortunately, belum ada manual yang menerangkan tentang apa sebenarnya yang dilakukan oleh youragregator.appspot.com ini.

So, mari kita buat sedikit briefing tentang ape-ke-heh nye dengan YourAgregator. Mari kita mulakan dengan apa itu agregator. Agregator ialah sesuatu yang menggabungkan atau mensummarykan. Dalam kes ini, tugas YourAgregator adalah untuk meng-fetch berita-berita daripada blog-blog atau website-website, dan kemudian menyusunnya dalam satu webpage. Siapa yang nak mengetahui lebih lanjut tentangnya post tersebut, bolehlah click pada title post di agregator tersebut yang merupakan satu hyperlink kepada webpage/blog sebenar.

Jadi itu yang YourAgregator buat?

Ya, dan tak. YourAgregator sebenarnya bukanlah agregator peribadi, walaupun namanya ‘YOURagregator’. Ianya adalah agregator berkumpulan.

Dalam YourAgregator, satu ‘Agregator’ sepatutnya digunakan oleh sekumpulan pengguna yang mempunyai minat atau ciri-ciri yang sama. Pengguna agregator itu submit RSS blog atau website yang mereka rasa mereka nak tahu berita-berita terkini. Contohnya: sekumpulan pelajar IIUM sepakat nak buat satu agregator yang bertajuk ‘IIUM-NEWS’. Dalam agregator tersebut, mereka submit RSS dari website IIUM, dan dari blog-blog diorang. So, bila IIUM buat announcement melalui rss mereka, pembaca agregator ini akan dapat berita tersebut. Setiap blog post mereka juga akan di-agregate kedalam agregator IIUM-NEWS. Jadi mereka tau perkembangan tentang member mereka.

agregatortest menerima feed dari laman web IIUM.

Tapi, macam mana kalau diorang submit banyak-banyak rss, pastu post pun melimpah-limpah?

Untuk masalah tu, setiap agregator ada diorang punye admin. Dan admin itu bertanggungjawab untuk meng-approve rss submission, supaya rss yang disubmit itu ada kaitan dengan agregator tersebut. Kalau korang try kat http://youragregator.appspot.com/agregatortest/home, submit korang akan diterima pasal agregator tersebut sudah di set untuk secara automatically approve rss submission.

Lagi satu, YourAgregator juga dilengkapi dengan ranking system, yang saya gelar “niceness”.

butang niceness

Yakni, setiap post ada dia punye ‘niceness’ yang secara defaultnya diambil daripada submitter punye niceness. Niceness ini lebih kurang macam ‘like’ dengan beberapa perbezaan. (1) hanya member sahaja yang boleh rate. (2) Apabila member tekan butang nice, post itu punye niceness bukan ditambah dengan ‘1’ tetapi ditambah dengan ‘niceness’ member yang tekan butang tersebut. Dalam YourAgregator, bukan post sahaja yang ada ‘niceness’ tetapi member juga ada ‘niceness’. Setiap kali seorang member rate satu post, ‘niceness’ post tersebut DAN ‘niceness’ member akan bertambah.

So member yang banyak rate, ada banyak niceness.  Dengan ini, member yang mempunyai ‘niceness’ yang banyak, mempunyai kuasa ranking yang lebih tinggi kerana setiap kali mereka rate, niceness post akan bertambah sebanyak ‘niceness’ member tersebut. Jadi, bagi satu-satu post untuk mendapat ranking yang tinggi, ia perlu dapat ‘nice’ daripada member yang rankingnye tinggi, yakni member yang aktif dalam agregator tersebut, bukanlah member yang berpangkat rendah yang inginkan publisiti murahan. Jadi, mereka yang kurang melibatkan diri di agregator tersebut, kurang kuasa dalam menentukan post mana berkualiti.

Untuk mengelakkan satu-satu member itu menjadi terlebih kuasa, pengiraan niceness member tersebut bergantung kepada ‘2*(1-0.98**n)/(1-0.98)’ dimana ‘n’ itu ialah berapa kali member tersebut rate sesuatu post. Kalau anda teliti lagi, pengiraan tersebut ialah ‘sum of geometric progression’ dengan ‘r’ kurang daripada 1. Ini bermakna ada had maksimum ‘niceness’ untuk semua member iaitu sebanyak

‘1/(1-0.98)=100’ 

Ini bermakna seorang member tidak mungkin akan mempunyai ‘niceness’ lebih daripada 100. ‘niceness’ seorang member akan menjadi ’50’ yakni dianggap member tulen apabila dia sudah me-rate sebanyak 35 post.

Graf pengiraan niceness member dengan cursor di niceness hampir 50.

Setakat ini, itulah sahaja perkara yang telah diimplement dalam YourAgregator. Anda boleh mencuba untuk membuat agregator anda sendirii. Saya tidak recommend anda register terus ke laman web tersebut, tetapi anda boleh login melalu facebook account, twitter account dan google account. Setakat ini apa yang belum siap untuk ‘versi’ ini adalah design website serta theming sistem yang masih kucar kacir, tak termasuk segala term-of-service dan segala benda remeh temeh.

So.. amacam? Ok? Bolehlah anda ‘nice’ post ini di agregatortest. Terima kasih kerana membaca (kalau ada orang yang baca), post ini banyak menghilangkan stress saya akibat daripada pening memikirkan bagaimana nak design website ini. Bye! 🙂

ps: untuk mengurangkan server load, RSS hanya akan diupdate setiap 6 jam. So lepas anda submit blog anda, tunggu 6 jam baru boleh complain.

Categories
Projects

Jom buat blog agregator.

Assalamualaikum semua!

So saya dapat satu ilham untuk project saya yang seterusnya, yakni “YourAgregator”. Semuanya bermula apabila saya buat blog nie. Saya mem-marketnye merata-rata di pelbagai facebook group, dan akhirnya dapat dalam 200 pageview dalam masa 3 hari. Pastu hari ke 4 takde pageview langsung… teng…teng…teng… Tapi tu bukan ceritanya., ceritanya ialah apabila saya mendaftarkan blog saya di blog http://iium-blogger.blogspot.com/. Yang agak pelik sikit ialah cara pendaftarannya ialah dengan memberi nama dan blog dalam comment kat salah satu post kat situ. So… memang tak macam pendaftaran. Tapi lepas tu, diorang ada letak widget baru yang special yang mana kitorang letak kitorang punya nama dan blog url kat dalam sejenis form, baru ok sikit, tapi tak nampak professional. Tambahan lagi, saya agak keliru dengan apa gunanya blog tersebut? dan apa manfaatnya terhadap blogger-blogger iium? Adakah blogger iium akan dapat traffik daripada senarai blog yang bermacam-macam tu? Siapa yang akan klik di situ? Dan kemudian saya teringat dengan salah satu website geek komputer yang sangat terkenal, AKA Slashdot. Slashdot ialah sejenis blog agregator. Slashdot tidak mempunyai maklumat sendiri, tetapi bergantung kepada submission daripada user-usernya.

So muncullah ilham untuk menghasiklan satu website sendiri yang dipanggil, “YourAgregator”. Saya pilik nama tu pasal…. saya tak tau nak letak nama lain. But that’s not the point. Your Agregator membolehkan pengguna membuuat group agregatornya sendiri, yakni slashdot mereka. Pengguna boleh submit rss mereka, dan kemudian apabila mereka update blog mereka YourAgregator akan secara automatiknya mensubmit post mereka kedalam agregator itu. Tambahan lagi, kita boleh buat ranking system, yang mana post yang lagi power, akan ditempatkan di front-page. hah? Amacam ok tak idea tu? 
YourAgregator masih lagi dalam pembikinan peringkat ‘alpha’ dan mungkin mengambil masa hampir seminggu untuk siap. So stay tune ok?
ps;….saya tak tau apa yang korang fikir, tapi bagi saya….BM saya agak teruk dan tak menarik. RookieCode pun lagi ok.