Assalamualaikum. Apa khabar.
Berita terkini, pada hari ini, Automatic IIUM Schedule Formatter versi 3.3 sudah keluar.
V3.3 membawa beberapa perubahan baru seperti:
- Kemusnahan popup error.
- Parser improvement yang membolehkan template maker meletakkan no ic, no matric, session, course, dan sebagainya kedalam jadual.
- Penggunaan https dalam hampir semua bahagian untuk lebih keselamatan.
- Pembaharuan dalam “Styler” yang sekarang ada end-tag bagi membolehkan designer untuk override css statement.
- Perubahan default style disebabkan perubahan struktur renderer dan kebolehan baru styler.
- Letak function toTitleCase() ke prototype javascript string supaya template maker boleh buat title case.
- Layout styler berubah sedikit yang mungkin akan menyebabkan lebih banyak kekeliruan.
- Theme gallery sudah ada screenshot, generated by websnapr…
- Sekarang sudah ada mainpage.
- Dan banyak lagi perubahan yang tidak bermakna sangat untuk anda seperti open graph tag, facebook like dan comment di mainpage, google analytic tracking code, bugfix, bugfix dan bugfix yang saya malu nak bagitau apa bugnya.
So, that’s it. Instruction boleh ditemui di https://iiumschedule.appspot.com . Assalamualakum, Semoga anda berbahagia. Saya asdacap, melaporkan dari study room tingkat satu ABC.