Categories
Article

Jangan memalukan orang Islam

Assalamualaikum rakan-rakan sekelian. Untuk kali ini, dari lubuk hati saya, saya mintak kamu untuk tolong sebarkan apa yang ada dalam minda saya ini. Saya tak kisah kalau kamu nak copy-paste setiap HTML dari post ini ke blog anda, saya secara ikhlasnya galakkan anda untuk buat apa sahaja asalkan mesej dari post ini disampaikan sejauh yang mungkin.

Isu yang saya nak bincangkan hari ini ada kaitan dengan orang Islam seperti yang ditunjukkan di atas. Di screenshot di atas, di comment yang terakhir, saya ada tulis:

Seriusly ADA SAPA-SAPA kat comment ni yang dah check nawaret.com??!! Itu laman web berita biasa aje! Dan tulisan jawi tu merupakan “nawaret” dalam jawi. Kenapa benda macam ni dibesar-besarkan? Ia hanya akan melalaikan kita. Melemahkan kita,kalau orang kafir nampak ni, diorang gelak kat kita pasal kita share MACAM ORANG BODOH! Tak check benar atau tidak apa yang dikatakan. MEMALUKAN nama Islam dan Al Quran. Siapa yang pertama menyebarkan benda ni patut sedar implikasinya terhadap maruah orang Islam.

Kalau tak percaya pergi sendiri ke “nawaret.com“. Tulisan tu dalam bahasa jawi, so google translate aje, dan kamu patut lihat bahawa itu hanyalah laman web berita biasa. Tapi bukan itu yang saya nak sebarkan di sini, tetapi saya nak tegur seluruh orang islam tentang satu mindset yang nampaknya tegar dalam minda kebanyakan orang islam.

Kita selalu dengar perkataan “Islamophobia”. Tapi dalam kes ini ianya ibarat “fobia orang islam”. Let me get straight to the point:

->Jangan mendewa-dewakan orang kafir<-

Kepada yang bukan Islam, from the bottom of my heart, no offense. Macam mana kamu mendewa-dewakan mereka. Macam ni, sejak dulu lagi, banyak orang kata “Bill Gates tu orang Yahudi”. Dan kemudian apabila Apple semaki maju “Steve Jobs tu Yahudi”. Kemudian pula “Mark Zuckerburg itu Yahudi”. Rakan-rakan, saya nak tanya, kamu nampak ke Bill Gates dilahirkan di Israel? Bapa Steve Jobs orang Yahudi ke? Ada kamu cuba untuk mencari kebenaran terlebih dahulu ke sebelum kamu membenarkan apa yang dikatakan tersebut? Rakan-rakan, saya tak tahu kalau mereka memang orang Yahudi, seperti mana saya tak tahu adakah saya orang Yahudi, tapi polanya di sini adalah, apabila orang itu berkuasa saja, kamu anggap dia orang Yahudi, kamu kata dia berketurunan Yahudi, kamu benarkan apabila orang kata begitu. MACAM TU LAH KAMU MENDEWA-DEWAKAN ORANG YAHUDI.

Apa yang penting di sini adalah untuk kita menyedari bahawa adakan mereka Yahudi atau tidak, itu tidak penting langsung. Mereka tetap Kafir. Malah orang yang mengaku Islam sekalipun belum tentu sebenar-benar Islam. Apa yang penting adalah diri kita sendiri, adakah kita akan bangkit bersaing, atau duduk memegah-megahkan mereka? Bercakap sahaja tak akan menggerakkan bumi. Menyebarkan kenyataan-kenyataan “israel itu”, “israel ini” yang entah mana betul atau tidak, tidak akan membebaskan palestin. Malah ia akan membongkakkan lagi mereka, memburukkan nama Islam, sekaligus menyebabkan orang-orang kafir diluar sana yang tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku di palestin memandang orang Islam macam manusia tidak bertamadun aka “Terrorist”.

Rakan-rakan, mari saya berikan satu dua fakta tepat yang orang memang tahu. Pertama, Tahukah kamu tentang Processor chip Intel? Tahu kan? Syarikat pembuat chip terbaik di dunia. Processor keluaran mereka, dari Pentium M hingga ke Sandy Bridge sekarang ini direka di Israel. Itu satu fakta yang orang ramai tahu bahawa Intel ada pusat kajian di Israel. Fakta kedua, (kalau tak silap saya dari sumber yang sangat tinggi credibilitinya (Slashdot.com) ), Kurang setahun lepas, Apple telah menandatangani satu kontrak pembinaan data center di Israel yang akan digunakan untuk pelbagai benda contohnya pemprosesan “Siri”.

Kenapa saya bagitau kamu perkara ini? Saya nak kamu tahu bahawa orang-orang yahudi ini bijak. Mereka telah meletakkan aset-aset penting dunia di Israel. Jadi, sesiapa tidak boleh serang Israel begitu sahaja. Bayangkan jika tiba-tiba app store iphone tidak berfungsi di seluruh dunia? Bayangkan jika processor-processor yang digunakan di hampir semua komputer/laptop kita meningkat harganya berkali-kali ganda? Mereka kuat bukan kerana mereka letak dadah kat tentera mereka (again: “Tentera Israel dibius dengan dadah untuk menjadikan mereka kuat, dan tak rasa sakit.” <- MACAM NI LAH KAMU MENDEWA-DEWAKAN ORANG YAHUDI ), tetapi kerana mereka menghasilkan komoditi-komoditi yang penting, lantas menguasai ekonomi dunia, dan sekaligus kapitalis yang bergantung kepada komuditi ini. Rakan-rakan sekelian, saya mintak anda untuk tukar mindset anda. Pertama, “Do not fear them”. Mereka manusia seperti kita juga. Jangan kamu jadikan alasan bahawa orang yahudi itu genius sebab makanan dari syurga. Think of it this way, kebanyakan orang yahudi telah dibunuh orang nazi. Saya tak ingat documentari mana saya tengok, tapi apa yang dikatakan mereka orang-orang yahudi di Israel itu adalah keturunan satu/dua orang yahudi asal sahaja. Kebanyakan baka diorang dah bercampur dengan arab/palestine/iraq sebagainya. So, apa yang membezakan mereka dengan kita? Ingat, bukan semua orang Kafir musuh kita. Rasulullah SAW pernah berkata, hormatilah orang kafir yang tidak memusuhi orang Islam. Nabi sendiri kata “hormatilah”. Pernah dalam satu lagi hadir, seorang kafir memberi salam kepada Aishah. Aishah menjawah “waalaikumussam” atau maksudnya “celakalah kamu”. Kemudian Rasulullah SAW menegur Aishah supaya menjawab salam orang kafir dengan perkataan “waalaika” atau maksudnya “kepada kamu juga”. Ingat pada zaman salahuddin, antara cara untuk menembusi tembok Constantinople adalah dengan menggunakan meriam yang sangat besar. Adakah orang Islam yang mereka meriam itu? Tidak! Orang kafir yang membina meriam itu, diupah oleh Salahuddin. “De not fear them. Befriend them.” Kedua, kuatkan diri anda dan orang Islam. Belajar untuk tahu, supaya anda dapat berbakti apabila khidmat anda diperlukan. Rakan-rakan sekelian, post ini pertama sekali akan sampai ke pelajar IIUM. Jika anda pelajar IIUM, saya ada soalan untuk anda, jika ada satu tempat dimana orang Islam mengumpul kekuatan ilmiah, dimanakah tempat tersebut? Dimanakan tempat dimana belia-belia Islam mengumpul Ilmu dengan harapan untuk menerbalikkan dunia kembali? Dimanakan tempatnya orang Islam seluruh dunia menaruh harapan untuk menghasilkan insan-insan yang mampu untuk meningkatkan ekonomi orang Islam? Jika akan ada syarikat-syarikat Islam yang akan membuka mata dunia, dari manakah mereka? Tips: IIUM ialah singkatan untuk International Islamic University Malaysia. Please… live up to the name. Ada pepatah mengatakan “A wise man hire a person wiser than him”. Sepandai manapun kamu, jika akhirnya kamu bekerja dibawah syarikat orang kafir, hakikatnya orang kafir itu lebih pandai dari kamu, dan kamu sedang membantu mereka. Sebanyak mana gaji yang mereka berikan, banyak lagi keuntungan yang mereka dapat dari kamu. Ingat, di syurga, tempat peniaga-peniaga itu di sebelah nabi. Di masa-masa sebegini, perniagaan itu adalah peperangan. Untuk menguasai ekonomi, kita perlukan perniagaan. Saya nasihatkan anda dan diri saya, lepas graduate, kerja 3 tahun, pastu kumpulkan member-member lama, buat bisnes. Jangan takut muflis. Percayalah, orang yang pernah muflis berkemungkinan besar akan berjaya dalam perniagaan. Kita kuasai ekonomi, kita kuasa aset, kita tingkatkan kepentingan kita di dunia, kita jadi kuat. Rakan-rakan sekelian, esok, kita akan keluar dari rumah, berjalan pergi kelas macam biasa. Tapi saya harap, janganlah kamu lupa apa yang saya luahkan kepada kamu hari ini. Biar dari luaran, kita pelajar biasa, belajar apa yang kita mampu, tapi dari dalam, kita ada niat, niat yang mana satu hari nanti bila kita pergi meninggalkan dunia, apabila Dia bertanya, kita boleh jawab dengan yakin apa yang kita telah lakukan di dunia untuk Islam. Ingat cerita tentang burung pipit yang cuba memadam api yang membakar Nabi Ibrahim AS. Walaupun sedikit sekurang-kurangnya dia berusaha. Jika kamu faham tentang pentingnya artikel ini, tolonglah sebarkannya melalui apa sahaja medium yang kamu tahu. Itu sahaja daripada saya. Asalamualaikum.

One reply on “Jangan memalukan orang Islam”

Leave a Reply to Arahmyad Cancel reply

Your email address will not be published.