Categories
Article

If only things were so simple.

Assalamualaikum semua, apa khabar. Saya rasa post ini boleh dikategorikan sebagai my midnight rambling 3 sebab sekarang ni pukul 1.30 pagi. Dan kali ini, saya tak rasa nak gunakan twitter untuk karang post ini, kerana perkara yang lebih kompleks perlukan ayat dengan lebih 140 huruf.

Tajuk post kali ini adalah “andainya perkara-perkara ini sungguh ringkas”. Sesungguhnya saya mempunyai minda yang sangat pandai melihat perkara-perkara negatif. Jadi minda saya suka melihat benda disebalik batu, mengapa dan kenapa sesuatu perkara berlaku. Kali ini, saya ingain menyentuh sedikit tentang isu hubungan kita dengan mereka-mereka di luar sana, contohnya di Palestin.

Jarang sekali saya bercakap tentang perkara sebegini, kerana bagi saya, isu ini agak sensitif dan saya sendiri tak tau perkara sebenar. Sebab itu bagi saya, lebih baik senyap aje daripada cakap benda yang tak betul. Tapi kali ini, mungkin sedikit saya akan menjejakkan kaki ke perkara-perkara sebegini kerana  dah termasuk dalam kepala, susah nak tido.

Sebelum kita menjenguk ke dunia luar, mari sebentar kita lihat rumah kita sendiri di Malaysia. Situasi dan politiks. Saya tak suka mereka yang hanya mendengar di sebelah pihak sahaja dan kemudian mengaku segalanya benar. Ada macam-macam perkara contohnya isu air. Kalau kita bukak berita kita dengar yang selangor akan hadapi krisi air, tak bagi bina loji, tak tunaikan air percuma. Tapi itu berita TV3 so, orang BN yang cakap. Apa pulak kata orang PR? “Lihatlah empangan ini! Penuh! Itu semua fitnah belaka!” (lebih kurang). Bila kita dengar cerita orang air pulak, masalah air di selangor ni kebanyakannya timbul di selatan selangor, disebabkan pembangunan yang terlebih pesat. Maka perlulah dibina loji baru dibawah. Kemudian orang BN cakap, orang PR tak bagi bina loji, orang PR cakap pulak, pembinaan loji itu penuh rasuah orang BN. Persoalannya, mana yang betul? If only things were so simple. Saya kurang faham kenapa isu ini tak boleh selesai. Masalah ini timbul sebab terlebih pembangunan, ada pembangunan, lihatlah secara positif.

Intipatinya, jika kita dengar cakap orang BN, orang PR bodoh. Jika kita dengar cakap orang PR, orang BN jahat. Jika kita dengat dua-dua pihak, mereka berdua ibarat budak-budak bergaduh sapa nak main laptop. Sedihnya lagi, taktik politik mereka melayan orang ramai ibarat orang bodoh. “Orang BN makan rasuah!” Semua orang BN makan rasuah? Habis, takde orang PR makan rasuah? Jadi, jika kita lihat balik, ia tak semudah itu. Memang jelas orang BN menakluk media, tapi jika kita lihat surat khabar-surat khabar di masjid selepas solat jumaat, apa bezanya orang PR? Bezanya orang PR ada surat khabar, or BN ada tv. Cara penggunaan? Tak banyak beza pun. Sedihnya lagi, berita-berita ini banyak menceritakan keburukan pihak lain, bukannya mencari jalan penyelesaian. Tambahan lagi berita ini banyak fokus kepada benda-benda kecil, yang digunakan untuk kempen seluruh Malaysia. “PR tak tunaikan janji. Mana air kami?”, jika kita kaji pulak mereka ini segelintir, contohnya apartment yang pakai meter pukal. Buktinya tengoklah meter sendiri, kan ada ditolak bil. Mari kita bergerak ke contoh yang lain pulak, RM 200 untuk beli telefon pintar. Macam mana saya nak cakap ni. THAT CHEAP? REALLY? WE ARE THAT CHEAP?. Kerajaan dah buat diri mereka nampak bodoh. Kemudian PR pulak cakap gaji minimum RM 1100. Cubalah realistik sikit. Kamu sedang menyusahkan peniaga kecil. Macam mana diorang nak jadi peniaga besar? Saya harap mereka (kedua-dua pihak) dan orang ramai cuba fikir panjang-panjang dan dengar cakap saya, “things are not that simple”. Secara peribadinya, saya rasa mereka-mereka yang ada phd berpindah ke luar negara kerana mereka tak tahan dengan politik murahan seperti ini. Bayangkan, orang-orang politik ini, yang menyebarkan berita-berita seperti ini, akan mentadbir negara.

Moral of the story, kita kena lihat sesuatu berita itu dari semua pihak. Kalau kita dengar dari satu pihak aje memang dah sah bias. Untuk kita menyetahui perkara yang sebenar, kita perlu melihat dari semua sumber, termasuklah dari pihak lawan sekalipun. Dan walaupun dengan itu, belum pasti, memang benar perkara tersebut. Mari kita lihat isu di luar negara, Palestin, Syria, Iran dan kita sendiri.

Perkara ini memang diketahui ramai. Palestin ditindas. Itu benda yang kita tau. Kemudian, pemberontakan di Syria. Bantuan Iran ke Palestin, dan bantuan Iran ke Syria. Kita di sini tak boleh buat apa-apa. Persoalannya, yang mana satu benar dan perkara yang wajar? Pemberontakan di Syria, adakah  ia benar? Benar memang berlaku. Adakah ia wajar? Berdasarkan media dunia, Ya. Berdasarkan media Syria, Tak. Berdasarkan pelajar asing berbangsa Syria di Malaysia yang menyebarkan ceramah, Ya. Mereka kata benar, mereka ditindas di Syria sejak dulu lagi. Benda yang menjadi komplikasi adalah, Iran dikatakan membantu kerajaan Syria memerangi pemberontak. Perkara ini adalah kerana Syria dan Iran dan juga Hisbullah adalah sekutu dalam memerangi Israel. Kalau Syria jatuh, susah Iran nak seludup macam-macam. Persoalannya, adakah elok palestin dibantu oleh mereka yang membenarkan penindasan orang Syria ini. Sedangkan orang lain yang kita anggap “lebih baik” seperti turki dan mesir tidak memberikan bantuan yang jelas kepada Palestin?

Jika kita teliti lagi ianya adalah perkelahian antara golongan Sunni dan Shiah. Yang mana Iran, Syria dan Hisbullah adalah Shiah, dan kebanyakan mereka yang lain adalah Sunni. Yang mana satu adalah betul? Ceramah-ceramah di Malaysia banyak mengatakan tentang bahaya Syiah, bagaimana mereka menganggap orang Sunni ini lebih hina daripada anjing. Tetapi itu cerita orang Sunni. Memanglah tidak positif terhadap orang Syiah. Jika kita lihat pulah dari sumber Shiah, ada beberapa perkara yang penceramah itu cakap tidak benar terhadap orang Syiah. Contohnya, mereka boleh menggabungkan solat. Jika kita lihat sumber Syiah, (yang malangnya susah untuk dijumpai) orang syiah tidak menggabung solat, cuma ada waktu solat yang “overlap” dengan waktu solat lain. Jadi pada waktu tersebut, mereka solat kedua-dua solat. Ada juga perkara lain yang tidak benar diperkatakan seperti orang shiah sembah batu. Itu juga tidak benar, mereka kata, apabila mereka solat, mereka mahu sujud di bumi Allah. Maka, mereka sujud atas batu tersebut. Persoalannya, mengapa pula batu tempat Ali dipenggal lebih baik daripada batu yang lain? Dan kalau tak silap saya, itu memang benar bagi mereka, lebih baik buat begitu. Malangnya hanya itu hukum mereka yang saya dapat sahkan. Tentang mazhab fatimah serta perkara lain, saya tak pasti.

Ada juga pekelahian saya di internet dengan orang Syiah. Perkara ini berlaku di laman web tentang fakta menarik, di sini . Kamu masih lagi boleh lihat comment saya, yang mana aturannya sudah diterbalikan. Comment pertama saya yang berada di tempat terakhir. Jika kamu lihat, tajuknya adalah TEMPORARY MARRIAGE IN IRAN, tetapi secara asalnya (kalau tak silap saya) berbunyi “legal prostitution in Islam”. Yang mana menyebabkan saya untuk comment bahawa ini hanya diperaktikkan oleh orang shia dan diharamkan orang orang sunni (yakni kebanyakan orang islam). Kemungkinan besar disebabkan comment saya, tajuk article itu ditukar. Saya secara peribadi tak tahu menahu apa-apa tentang hadis. Sebab itu saya hanya comment dua kali sahaja. Dan selepas itu ada sahaja comment dari kedua-dua pihak, shiah mahupun sunni. Yang mana shiah mengatakan bahawa perkara ini memang benar dan dilakukan di zaman Rasulullah SAW dahulu. Kemudian orang sunni pula mengatakan bahawa Rasulullah telah mengharamkan perkara tersebut selepas ia dibenarkan buat sementara waktu. Bacalah comment-comment ini kalau mahu, saya tak bertanggungjawab.

Persoalannya, yang mana satu betul. Saya bukan pakar hadith yang bertauliah dalam perkara ini, namun, jika kita tanya pakar hadith dari shiah, dia akan kata sunni salah, tetapi apabila kita tanya pakar hadith dari sunni, dia akan kata shiah sesat. Yang mana satu benar? Saya tak tahu. Orang shiah kata, orang sunni bencikan mereka dan mendiskriminasi dan menfitnah shiah sebagai ajaran sesat, manakala orang sunni kata orang shiah menyeksa orang sunni dan membuat undang-undang sendiri tanpa mengikut Quran dan sunnah. Sedihnya dua-dua itu benar, orang sunni memang mendiskriminasi orang shiah dan menfitnah dalam pelbagai perkara yang mereka lakukan dan orang shiah juga banyak menambah pelbagai hukum seperti menggunakan batu untuk sujud seperti yang mereka lakukan. Sebagai reference, Rasulullah SAW sujud atas lantai, yang mana batu atau tanah, bukan seketul batu yang dibawa kemana-mana. Mungkin ada juga dikalangan anda mengatakan tentang sambutan orang Syiah pada Hari Ashura/Karbalak, mengatakan bahawa mereka mencederakan diri sehingga berdarah. Di http://en.wikipedia.org/wiki/Day_of_Ashura ada mengatakan bahawa tindakan itu sudah diharamkan oleh kerajaan Iran. Namun begitu, secara peribadi saya rasa agak aneh bagi mereka untuk mengambut hari tersebut dengan kesedihan sedangkan Rasulullah SAW menyambut hari Asyura dengan berpuasa atas tanda kesyukuran.

Susah untuk kita memutuskan tanggapan terhadap mereka. Mungkin pautan ini boleh membantu. Pautan ini mengandungi link terhadap ucapan Ahmed Deedat, sorang pendakwah yang agak popular berajaran sunni apabila beliau melawat Iran pada tahun 1982. Secara ringkasnya ucapan beliau banyak mengatakan perkara yang positif terhadap orang Iran yang mana berdasarkan ucapan tersebut, bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk mempertahankan Islam. Hal itu kita dapat lihat di isu Palestin hari ini apabila Iran secara terang-terangan membantu Palestin dari segi persenjataan, tidak seperti negara-negara sunni lain. Namun begitu, kita lihat pula di Syria, yang mana wujudnya diktator yang dikatakan berpandangan Syiah, dan sekarang ini sedang melawan pemberontakan bersenjata akibat pemerasan ini. Mungkin ada dikalangan kamu yang mengatakan bahawa perkara ini fitnah semata-mata dan merupakan satu propaganda barat untuk menguatkan lagi Israel. Sedihnya saya dapat mengatakan bahawa ada lebih dari satu sumber yang meyakinkan, mengatakan bahawa rakyat Syria memang ditindas sejak dulu lagi. Jadi kita boleh kata yang pemberontakan ini memang satu pemberontakan yang sah. Dan mungkin kamu pula akan menjawab “kamu tak ada di situ, bagaimana kamu boleh mengatakan yang ia benar?”. Benar, saya tidak berada di situ, dan saya tak boleh buktikan bahawa penceramah-penceramah yang bercerita tentang isu Syria ini tidak menipu, namun begitu saya boleh mengatakan bahawa memang ada berita bahawa berpuluh ribu rakyat Syria terbunuh. Jika benar Assad bukan penindas, dia patut sudah letak jawatan.

Berbalik kembali kepada isu Iran dan Shiah ini. Orang Iran ini baik atau tidak? Mereka membantu Palestin, benar. Tetapi mereka juga mengadar dadah, benar juga. Jika kita teliti media massa kita, memang benar banyak menyeludupan dadah datang dari Iran. Dahulu Iran mengiakan pengedaran dadah atas alasan “bukan orang Islam yang menggunakannya”. Sedihnya kebanyakan yang menghisap dadah di Malaysia ini orang Melayu. Jadi kalau tak silap saya, lebih kurang pada tahun 2003 kerajaan Iran telah mengharamkan mengedaran dadah. Mungkin mereka akhirnya sudah berfikir secara rasional. Namun pada hari ini, masih banyak kes pengedaran dadah dari Iran. Jadi secara ringkasnya, mereka yang memberikan persenjataan kepada Palestin ini juga pernah menghalalkan mengedaran dadah serta menyokong penindasan orang Syria. Yang mana menyebabkan kita berfikir, “halal” tak roket itu.  Ada teori yang menyatakan bahawa Israel membunuh komander perang Hamas terlebih dahulu kerana beliau adalah orang yang mengelakkan tentera Palestin daripada me-“roket” Israel sesuka hati. Bunuh komander ni, tentera Palestin me-roket, Israel boleh kata “kami diserang dan terpaksa mempertahankan diri”. Benar atau tidak, saya tak tahu. Tetapi ia buat kita berfikir, patutkah roket itu dilepaskan? Saya tak kata tentang selepas Israel isytihar perang. Waktu itu, kalau tak tembak roket, bunuh diri namanya. Saya bercakap tentang waktu sebelum perang tersebut atau selepas perang. Kalau kita tak serang, palestin tak akan dapat tanah mereka kembali, tetapi kalau kita serang, Israel boleh menggunakan alasan “mempertahankan diri”, untuk menakluk lebih banyak jajahan.

Berfikir tentang jajahan, saya terfikir, mengapa mereka mahu buat rumah walaupun mereka tahu yang pada bila-bila masa, orang Palestin boleh serang. Israel bukan tempat yang sesuai untuk melabor. Anehnya lagi, banyak syarikat-syarikat besar merupakan penyokong kuat Israel. Dan dua yang saya katakan di sini adalah Intel dan Microsoft. Lihat link ini dan ia menyatakan bahawa Microsoft melancarkan sejenis system di Israel R&D Center. Tak ini bukan system senjata. Ianya adalah sejenis startup accelerator, satu benda yang membantu dalam system server. Soalnya kenapa mesti Israel tempat pertama? Kenapa tak di US. Dan kenapa ada R&D center di Israel? Tak takut kena roket ke? Nak buat system server sebelah Palestin yang mana, Internet itu sesuatu yang sangat jarang dijumpai. Perkara yang sama boleh dikatakan tentang Intel. Lihat link ini yang menyenaraikan senarai kilang processor Intel. Lihat senarai kilang tersebut, ada satu yang terletak di Israel. Kita lihat pula process node yang ia keluarkan bersaiz 22nm. Dalam erti kata lain sebarang laptop yang kamu beli yang ada cip Intel yang baru, dari (lebih kurang 5 bulan lepas) sehinggalah lebih kurang 2 tahun lagi asal cip pemprosesannya sama ada datang dari Oregon USA atau Kiryat Gat, Israel. Hampir kesemua processor-processor baru dari Intel menggunakan process node 22nm. Dan Intel mempunyai monopoli terhadap pasaran processor laptop dan desktop sebanyak hampir 90%. Dalam erti kata lain, jika kapasiti kilang di Israel ini sama seperti kilang di USA, lebih kurang 45% komputer baru di kedai-kedai di Malaysia mempunyai processor yang datangnya dari Israel. Dan kita sebenarnya tak banyak pilihan. Dari segi kelajuan memproses, processor Intel memang mempunyai kelebihan yang agak besar berbanding pesaingnya terdekatnya yakni AMD. Dan sedih saya katakan bahawa AMD mungkin tidak akan bertahan lama.

Benda-benda seperti inilah yang menyebabkan Israel kuat. Kamu bom Kiryat Gat, Israel, harga processor seluruh dunia naik. Kita sibuk berkata tantang Arab jual minyak kat US, US bagi kapal terbang kat Israel, sedangkan kita sendiri tak terfikir yang kita jugak bagi duit kat diorang, kat US. Banyak dikalangan kamu sibuk berkata tentang boikot McDonald. Saya di sini menjemput anda untuk melihat penguasaan US dalam perkara yang lebih besar, contohnya penggunaan matawang Dollar, system DNS, VISA(agaknye), UN, pembekal processor, pembekal system operasi. Kalau McDonald hilang, tak ada masalah. Kalau Microsoft hilang… well it could be a good thing but there will a catastrophe at first.

Bagi saya, kalaupun PAS menang Malaysia sepenuhnya, kita masih tak boleh serang Israel. Kita masih tak boleh bantu Syria sesuka hati. Kapal terbang habis minyak tengah jalan. Tak boleh mendarat pasal kena sekatan UN. Sebelum kita pergi serang, kita mesti kuasai balik perkara-perkara seperti ini. Kita mesti betulkan orang yang ambil hanya sebahagian daripada Islam dan lupakan bahagian yang lain. Mari saya bagi contoh Taliban. Di http://en.wikipedia.org/wiki/Taliban, ada menceritakan tentang polis taliban merotan seorang gadis 100 kali atas tuduhan zina kerana berjalan dengan bukan mahramnya. Soalnya, tidak ada 4 saksi yang nampak dia berzina. Dan hukuman menfitnah orang berzina tanpa 4 saksi adalah 60 sebatan. Tidak cukup syarat untuk merotan gadis, tapi cukup syarat untuk merotan penfitnah, tetapi siapa yang dirotan? Ini salah. Ini sangat salah. Ambik satu hukum dengan tak betul, kemudian lupakan hukum yang lain? Orang-orang sebeginilah yang memalukan orang Islam. Lupakan tentang syiah, yang ini kesilapan yang jelas.

If only things were so simple, we would just go to Palestin, and die trying to free them. But things are complicated. If people say that if Turkey declare war to Israel we will win, it is just not that simple. If people say that studying will not simply free Palestin. They are right, but it will if we try hard enough, we will eventually show Islam as a whole, show which is right which is wrong, and simply make way for others to just simply free Palestin. Assalamualaikum. Good bye.

Leave a Reply

Your email address will not be published.