Categories
Projects

Welcome to YourAgregator!

Ini adalah salinan daripada post di YourAgregator….

Welcome!

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Selamat datang ke iium-news hosted di YourAgregator.
So, sedikit sejarah, lebih kurang 6 bulan lepas, saya telah buat blog pribadi saya, yakni sayaasdacap.blogspot.com. And so, me-market-kan blog it di seluruh group facebook. Pada awalnya sambutan agak ok-lah, namun selepas itu, kita lihat kalau tak share, maka tak jadi apa-apa. Ini sesuatu yang agak menyedihkan kerana sesetengah blog agak best untuk dibaca, namun tidak ada saluran yang menunjukkan mana satu post yang best. So, akhirnya, di blog post saya, http://sayaasdacap.blogspot.com/2011/11/jom-buat-blog-agregator.html , saya menceritakan tentang hasrat saya untuk membuat satu website yang adalah untuk mengumpulkan (aggregate) blog post-blog post, di satu tempat, siap dengan rating system yang unik yang boleh menyelesaikan masalah ini, maka muncullah YourAgregator. 
So pada hari ini, 25 Mei 2012, YourAgregator telah sampai ke tahap yang saya kata boleh kata…. beta-alpa stage.So hari ini saya memulakan marketing YourAgregator kepada anda semua (blogger iium) dengan harapan, anda semua akan mencuba iium-news, satu Agregator di YourAgregator, untuk memasarkan blog anda. 

Bagaimana IIUM-NEWS berfungsi?

Di blog post ini http://sayaasdacap.blogspot.com/2011/11/mengenai-youragregator.html  saya ada menceritakan sedikit tentang falsafah YourAgregator dengan agak detail. Secara ringkasnya, YourAgregator bertindak sebagai hosting kepada aggregator-aggregator yang mempunyai subdomain di youragregator.com. Contohnya, url untuk IIUM-NEWS adalah iium-news.youragregator.com. Di, setiap agregator, ada beberapa moderator dan member. Member kepada agregator itu boleh submit blog diorang kepada agregator tersebut, dan kemudian moderator boleh approve blog tersebut untuk memastikan integriti blog tersebut. Selepas mensubmit blog, blog post tersebut akan diindexkan dekat feedroll (muka depan aggregator).
So, setiap kali orang melawat iium-news.youragregator.com, benda pertama yang diorang jumpa adalah senarai-senarai blog post yang paling baru atau rating yang paling tinggi. Post-post yang diatas mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk di-click, maka pelawat akan melawat pula blog anda di post tersebut.

Apa yang membezakan blog post yang bagus dengan yang tak bagus.

Sistem “niceness”, yakni sistem rating YourAgregator. Di youragregator, kita ada satu consept yang dipanggil “niceness” yang secara ringkasnya merupakan score kepada sesuatu. Di YourAgregator post, feed, dan member mempunyai niceness. Post ialah blog-post atau berita. Feed adalah sumber post, contohnya blog. Setiap member boleh rate “niceness” post atau feed. Apabila mereka rate sesuatu post/feed, niceness post/feed tersebut ditambah/ditolak dengan niceness member tersebut. Dan apabila member rate post atau feed, niceness mereka naik. Dan disebabkan niceness asal post yang baru adalah niceness member+niceness feed, maka post yang datang dari member yang ada niceness yang tinggi mempunyai niceness yang banyak berbanding post yang lain.
Bottomline, the more you rate other’s post, the higher you post’s rating. 

So, apa yang saya patut buat?

1. Login menggunakan link di atas kanan (saya recommend login dari Facebook). Twitter login tidak berfungsi, so takyah try.
2. Join IIUM-NEWS. Link di atas kanan juga.
3. Submit blog anda.
4. Baca dan rate blog post orang. 

By the way…

YourAgregator.com di-hostkan di Google App Engine dengan free quota. Dalam kata yang lain, disebabkan saya takde duit, maka hosting YourAgregator agak lemah and so, akan ada masa anda akan jumpa screen yang mengatakan quota sudah penuh. Jangan risau, youragregator akan berfungsi kembali sepenuhnya pada keesokan hari, lebih kurang dalam pukul 3. Dan lagi satu, buat masa ini YourAgregator di-bangunkan oleh seorang manusia sahaja, so berkemungkinan besar ada banyak lagi “bug-bug” merata tempat. Sesiapa yang berminat untuk membantu dari segi tenaga kerja atau kewangan sangat dialu-alukan….

Leave a Reply

Your email address will not be published.