Categories
Projects

YourAgregator Refresh!

Assalamualaikum dan selamat pagi. So. pada hari ini, saya akan membincangkan tentang status terkini tentang YourAgregator. Seperti yang dibincangkan di post yang lepas, nampaknya saya sudah tidak membincangkan sangat tentang YourAgregator dalam blog ini. Malah lebih mengejutkan, selepas saya melihat kembali post-post  saya, saya baru sedar yang post terakhir tentang YourAgregator adalah pada 5 januari 2012, 4 bulan yang lepas.

So, apa ceritanya tentang YourAgregator? Seperti yang telah dikatakan dengan briefly pada pada post lepas, YourAgregator masih lagi dalam pembangunan, malah jika kita lihat screenshot bawah ini, sebenarnya banyak jugak commit yang tidak diceritakan.

Dan ada lagi dua muka surat sebelum 5 januari. So, pada hari ini, saya akan buat refresh tentang apa yang saya telah letak kat youragregator, bermula dari 5 january sehingga semalam, of course bukan hari-hari lah, so, mari kita lihat. Sebenarnya kebanyakan commit di atas adalah Fix, dan hanya sebahagian merupakan tambahan feature.

24 Februari 2012
-Now search will only react to tags.
    Maknanya, sekarang search hanya akan search tags.Ini adalah kerana search index mengambil banyak database ops, so saya buat ia hanya akan pakai tags. Disebabkan perubahan ini, YourAgregator sekarang boleh menerima lebih kurang 20 blogs setiap hari.

 18 Mey 2012
-Change the feedroll blog link to default on internal link.
   Apa yang dimaksudkan di sini adalah, kat blogroll, kat ada link kepada blog kan? Pastu kat sebelah dia ada “>” yang link kepada rss page tentang blog to kat dalam youragregator, sekarang dah terbalik, “>” pergi blog, nama blog pergi youragregator.

9 April 2012
-Now the topmenu is using a dropdown menu.
In another word:

Hover your mouse on it.

14 April 2012
-Updated the styler and now using jquery ui radiobutton on some attributes.
Less word, more screenshot!

Update dari Automatic IIUM Schedule Formatter

24 February 2012 – 1 Mei 2012

The Agpages System, Channel API, Port of Chatter to use Agpages and Channel API.

Yang ni, tak boleh di explain menggunakan gambar semata-mata. Tapi boleh membantu. Jika anda lihat di agregatortest.youragregator.com sekarang, anda akan perasan chatter di belah atas kiri sudah hilang. Kemana ia pergi?

By the way, tengok! feedback button kat bawah kanan.

Well, selepas saya letak chatter, saya perasan yang ianya buruk dan mengambil ruang. Tambahan lagi, bila kita pakai screen 4:3 yang lama dulu, ia nampak lebih buruk dari biasa, so saya rasa saya nak letak chatter tu sebagai pages. Pastu, terfikir pulak cam mana nak buat setting untuk rearrange menu kat atas memandangkan ada flatpages+agregator+submit+chat yang menggunakan system yang berlainan tambahan lagi boleh ada lebih daripada satu flatpages. So, akhirnya muncullah konsept AgPages (singkatan untuk Agregator pages). Asalnya saya nak panggil plugins tapi perkataan tu terlalu salah, pastu nak pakai Pages, tapi YourAgregator menggunakan istilah ‘pages’ kat tiga tempat lain secara dalaman, so ia sangat mengelirukan, so akhirnya saya pilih nama AgPages.
So, apa itu Agpages? Well, agpages adalah muka surat yang boleh ditambah kat youragretor. Mari kita lihat screenshot manager pages:

You see, sekarang kita boleh tambah agpages, rename agpages, configure agpages dan rearrange agpages. Berbeza dengan custom pages yang dulu, agpages ini bertindak lebih seperti plugins, kita boleh configure diorang, dan diorang ada code sendiri. Contohnya, bila kita tekan configure untuk agpages About This yeng merupakan jenis flatpages, kita akan jumpa ini:

Yang membolehkan kita untuk edit flatpages tersebut. Itulah Agpages. Technically agpages ini direka untuk membolehkan website lain buat agpages untuk YourAgregator, sama macam facebook tabs, tapi disebabkan masalah dalam mereka REST API dengan segala masalah keselamatan, ianya tidak dijalankan lagi.

So far setakan ini ada tiga jenis agpages iaitu chatter, flatpage dan submit page. More will come later.

Apa pula Channel API? 

Well, nama sebenarnya adalah ClientChannel (untuk mengelakkan kekeliruan dengan google channel api), dan ia timbul apabila saya sudah port chatter kepada agpages.  Masalahnya, agpages boleh ada lebih daripada satu, dan chatter akan diinitialize setiap kali agpages chatter itu dibuka. The problem is, channel api yang diberi oleh  google ada quota sebanyak 100 connection sehari. So, untuk menjimatkan quota dan membolehkan saya untuk buat push notification yang mana belum dibuat, saya telah mereka satu system yang saya panggil Client Channel, yang memboleh lebih daripada satu agpages dan benda lain kat clientside untuk berkomunikasi dengan benda-benda lain kat server side. Ok, so korang tak faham, takpe saya faham. Basically ianya adalah benda internal yang membolehkan saya untuk buat macam-macam benda menarik yang lain. That is ClientChannel API.

9 Mei 2012(semalam)

-Added tha ability to filter post to index based on tags.
Kat screenshot di atas, ada dua field baru iaitu with tags dan without tags. Dengan ini, youragregator hanya akan index post yang ada tags di atas ataupun yang tak ada tags yang dinyatakan.

9 Mei 2012 (jugak)
-Added question support for the moderator to approve new member.
In another word, sekarang moderator boleh tanya soalan kat sapa-sapa yang nak jadi member. Macam nie:

So, itu sajalah yang telah diletakkan. Harap-harap banyak lagi masalah quality yang boleh diselesaikan. So, thats it, bye! Assalamualaikum.

Leave a Reply

Your email address will not be published.