Categories
Personal Projects

About 32 day of holiday.

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Mintak maaf, sejak kebelakangan ini, saya agak menyepi. Saya tahu kemungkinan besar kamu tak baca blog ini, dan entah macam mana terbaca pulak harini, yang membawa makna kamu tak perasan pun yang agak lama saya tak berblog, yang membawa makna tak ada gunanya saya mintak maaf tadi. But still, memang saya agak lama tak menulis apa-apa kat blog ini mahupun blog lain seperti rookiecode.blogspot.com dan apatah lagi pembentanganbaikasdacap.blogspot.com yang entah macam mana masih lagi boleh hidup.

So, dua hari lepas dengan rasminya saya telah mengambil kertas exam saya yang terakhir pada sem ini/lepas, maka dengan rasminya saya sekarang tengah cuti inter-semester. Tanggal pada hari ini, maka saya ada 32 hari lagi. So, apa yang boleh buat? Nak cari kerja kat tengah bulan, so macam biasalah jadilah saya macam katak bawah tempurung dengan komputer.

Objectif utama saya pada cuti ini adalah membuat sesuatu yang produktif, lebih produktif daripada main game, yang mana saya rasa tak produktif sangat. Jika kamu adalah pembaca setia blog ini (yang mana kemungkinan besar kamu tak), kamu pasti terfikir tentang youragregator kan? Apakah ceritanya YourAgregator? kenapa tak ada berita lagi? Sudah terbengkalaikah?

Jawapannya adalah…. belum lagi. YourAgregator masih lagi saya tampal-tampal walaupun saya tak cerita banyak. Itu pasal kebanyakan tampalan yang berlaku adalah ketika saya berada di CFS IIUM, so saya tak ada banyak masa dan internet untuk buat blog post.

Unfortunately, tak banyak perubahan yang saya buat kat YourAgregator. Mungkin saya akan blog tentang benda baru yang saya sudah tampal sejak kebelakangan ini kat post yang akan datang. Walaupun demikian, dukacita dimaklumkan, semakin hari saya rasa semakin sukar untuk menampal YourAgregator. Kode nya sudah menjadi agak terlalu komplex tetapi kalau kita lihat di agregatortest.youragregator.com, tidak banyak perubahan yang berlaku. Dan seperti biasa, masalah yang paling ketara adalah design dan artwork yang mana memang saya tak boleh buat. Saya ingat nak mintak tolong dari Iman atau Ammar, member lama saya yang specialize kat bidang ni. By the way, check out my first facebook app apps.facebook.com/howfastcanyoucount  designye ammar yang buat.

So, kat blog post ini, saya akan senaraikan apa yang saya nak buat sepanjang cuti ini.

Plan of 32 day.

  • Make revealer v3.
  • Make DeltaSync
  • YourAgregator artworks and stuff.
  • Blog on rookiecode on how to make a GUI c# app. Also translate to malay in sayaasdacap.
  • Blog on YourAgregator current plan.
Good luck for me, good bye and Assalamualaikum.
Categories
Article

Asdacap’s Guide to Ubuntu: Intro

Assalamualaikum semua! Apa khabar! So today is article day! YAY! Maka pada hari ini saya akan buat satu article tentang apa-apa pun yang saya nak tulis, dan tajuk hari ini ialah Guide to Ubuntu.

Setiap kali saya bukak laptop saya, orang biasa akan tengok desktop saya dan kata “Apa tu!” atau “Who style giler! Mac ye?”, atau lebih biasanya “Aarggh! Hacker! Larii!!!!”. Well, saya takleh nak salahkan diorang bila diorang tengok desktop yang macam nie.


Yes, menakutkan in some way. So bila orang tanya apa ini, perkataan yang paling saya rasa senang untuk diorang faham ialah “Ubuntu”. Yes my friends gambar di atas ini ialah system Ubuntu dengan KDE Desktop Environment. “Desktop environment?” Sabar…sabar… nanti kita sampai ke sana.
Pop Quiz! Apakah soalan pertama yang selalunya orang akan tanya sejurus selepas saya kata “Ubuntu” ? Jawapannya ialah….

“Ubuntu tu Linux kan?”

Teng…teng…teng… My friends let me get straight to the point. Ubuntu IS NOT Linux. Please keep that in mind. Ubuntu ialah sejenis Operating System. Linux ialah sejenis operating system’s ‘kernel’. ‘Kernel’ jika ditafsirkan bulat-bulat dalam bahasa melayu bermaksud ‘teras’ atau ‘core’. Ubuntu ialah operating system yang menggunakan Linux. Linux is not Ubuntu, Ubuntu is not Linux. Anggap macam Ubuntu tu sejenis kereta dan Linux tu pulak engine dia. Macam tu lah jugak Android dan Linux. Anggap Android to macam motosikal dan Linux tu engine dia.
Why Linux ?
Kenapa linux digunakan itu ada cerita sejarahnya. Pada zaman dahulu ada satu operating system yang dipanggil UNIX. UNIX pada waktu itu sangat terkenal dan banyak digunakan dalam mainframe. UNIX pada asalnya adalah operating system yang dibuat secara Open Source. Yakni, kode kepada UNIX itu boleh didapati secara percuma. Konsep Open Source ialah sesiapa sahaja boleh improve kod tersebut dan buat versi yang lebih hebat. So, in case kalau ada bug dalam UNIX orang lain boleh patch-kan bug tersebut. So, Open Source akan mengurangkan kos pembangunan UNIX.Walaupun begitu, ramai syarikat telah menyalahgunakan UNIX dan telah membuat versi UNIX lain dengan sedikit perubahan tanpa meng-Open Source-kan kod tersebut. Disebabkan ramai syarikat buat macam tu, banyaklah versi UNIX yang malangnya tidak Open Source. Akhirnya UNIX-UNIX yang tidak open source itu menjadi bermasalah, banyak bug dan bloated. Tercalarlah brand UNIX yang ketika itu apabila komputer itu tertera perkataan UNIX orang akan kata “Wow! Bagus mainframe ini!”. Disebalik kekalutan itu, muncullah sekelompok manusia yang ingin menyelesaikan masalah ini. Mereka ini digelar GNU (kalau tak silap saya), dan mereka telah berusaha untuk membuat satu operating system yang UNIX compatible (yakni boleh jalankan program UNIX) yang digelar GNU Operating System. GNU juga telah mengarang satu lesen yang digelar GPL. Lesen itu mengatakan bahawa program yang dilesenkan dibawah lesen GPL mestilah satu program Open Source dan mereka yang ingin membuat versi program tersebut yang lebih baik mestilah juga meng-Open Source-kan program itu dan melesenkannya dengan lesen GPL (ada beberapa pengecualian). Setelah berusaha keras, GNU telah berjaya menyiapkan kebanyakan user-land utility untuk operating system tersebut, namun kernel mereka yakni GNU Hurd masih belum siap. Terdesak, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menggunakan kernel lain yang dihasilkan oleh seorang yang bernama Linus Torvald. Kernel tersebut bernama Linux. Gabungan GNU dan Linux digelar GNU/Linux (dengan backslash). Namun pada zaman tersebut muncul era baru yakni era PC (Personal Computer). UNIX dan GNU/Linux pada waktu itu masih lagi bloated dan tidak mampu untuk digunakan dengan komputer berkapasiti rendah (yakni PC), dan akhirnya gagal bersaing dengan Windows. Sehingga hari ini Windows mendominasi dunia PC. UNIX dan GNU/Linux masih lagi kekal mendominasi dalam dalam dunia mainframe dan server, walaupun kebanyakan UNIX yang tak Open Source tadi telah digantikan dengan GNU/Linux yang mempunyai prestasi yang lebih tinggi dan lebih setabil. UNIX pada waktu ini merupakan spesis yang sudah pupus walaupun beberapa keturunannya masih lagi wujud dan bersaing yakni BSD dan adik-beradiknya (FreeBSD, NetBSD, OpenBSD).
So, moral of the story. Fragmented+proprietary=really bad ending. Pada hari ini, prestasi komputer telah bertambah berkali-kali ganda. As a result, GNU/Linux boleh digunakan atas PC. GNU/Linux sahaja boleh dikatakan sebagai operating system yang lengkap. Tapi untuk boleh digunakan dengan selesa, ada banyak program-program lain yang perlu digunakan. Contohnya X Window System yang memberi Graphical User Interface kat screen. Masalahnya adalah untuk memilih program-program yang sesuai dan untuk configure program tersebut. Gabungan program-program tersebut yang telah siap diconfigure beserta GNU/Linux dipanggil Linux Distribution atau Linux Distro. Ada banyak Linux Distro dalam dunia ini, contohnya Fedora, OpenSuse, Debian, Gentoo dan yang kita bincangkan pada hari ini, Ubuntu. Ubuntu ialah Linux Distro yang berasaskan Debian. Apabila saya kata ‘berasaskan’, saya maksudkan Ubuntu itu adalah Debian dengan beberapa perubahan, contohnya Ubuntu install banshee (nama salah satu mp3 player) secara default.
Meet Ubuntu

Now, apa yang membezakan Ubuntu dengan Linux Distro yang lain? Ubuntu adalah antara Linux Distro yang pertama yang direka khas untuk pengguna biasa. Basically, diorang dah setup supaya ubuntu itu mudah digunakan. Tambahan lagi, Ubuntu ditaja secara finantially oleh satu syarikat yang dipanggil Canonical. Canonical ditaja oleh seorang jutawan bernama Mark Shuttleworth. Dia ialah pelancong angkasa kedua dunia. So bayangkan berapa banyak duit yang dia ada. 

So, let’s get started tentang kita punya preview on Ubuntu. Untuk dapatkan Ubuntu, pergi google, taip ‘ubuntu’, download versi terbaru, ikut instruction… next…next… you know the basic. So, basically kamu akan download satu iso file bersaiz lebih kurang 650MB. Untuk install kamu boleh pakai daemon tools, dan install dalam windows, atau burn kat cd, install dalam windows atau dual boot dengan windows, atau letak kat usb drive, install dalam windows atau dual boot dengan windows, pakai virtualbox untuk tak payah install langsung, boot aje dari cd tu atau usb untuk try tanpa install… banyak pilihan sebenarnya. Kalau nak kamu boleh install kat external hard disk dan boot kat mana-mana laptop. So, bottomline, macam mana nak install ubuntu perlukan blog post yang lain. Tambahan lagi, ada banyak program yang perlu diinstall selepas install ubuntu untuk keselesaan pengguna DAN sesetengah(lebih kurang 40%) laptop memang ada masalah dengan linux, so banyak kena cerita.   Post ini hanya akan menerangkan briefly tentang Ubuntu


The ‘Desktop Environment’
Kalau kamu perasan, saya punya ubuntu(screenshot atas sekali) lain berbanding ubuntu yang default(screenshot atas). Benar, pasal saya menggunakan K-Desktop Environment. Kenapa? Ntah, saja tukar selera. You see, dalam dunia Linux Distro(dan sebenarnya X Windows system yang juga bermaksud ***BSDs), ada beberapa koleksi program yang bila bersama digunakan membentuk pengalaman yang sesuai untuk digunakan kat desktop/laptop. Koleksi program ini dipanggil Desktop Environment. Ubuntu secara default menggunakan Gnome Desktop environment dengan diorang punya window manager yang dipanggil Unity, menggantikan window manager asal Gnome yakni Gnome Shell. Apa yang saya maksudkan ialah, apabila kamu nak login, kamu boleh pilih desktop environment yang kamu suka, dan bila masuk, desktop kamu akan kelihatan berlainan dari desktop environment yang lain.

Sesetengah orang beranggapan bahawa dekstop environment ini macam ‘theme’, luaran semata-mata macam ‘Windows Blinds’. TIDAK, Desktop Environment bukan sekadar ‘theme’, tetapi system theme, animasi, compositing, task-manager, connection manager, etc…etc..dab banyak benda lagi.Apabila kamu tukar desktop environment, dari rupa paras, ia ibarat kamu tukar system interface kamu. Yang mana satu nak guna, apa perbezaannya, kelajuannya, itu semua diluar skope perbincangan ini.
What you can do in Ubuntu

MS Office 2007 on Ubuntu 11.10
Well… soalan yang berat di sini. Well, Ubuntu boleh digunakan macam windows atau mac. Kamu boleh bukak Firefox atau Chrome, pakai wifi iium-community, pakai libreoffice(nama baru openOffice), bukak filem, lagu, edit gambar sikit, copy/delete/paste file(duh!), basically ianya terhad dengan program apa yang ada kat ubuntu. Dan bagi saya, itu adalah kelemahan utama ubuntu, tak ada banyak program professional. Dan kenapa tak ada banyak program professional ini, personally saya salahkan ecosystem itu sendiri yang terlalu cepat berubah, linux keluar setiap tiga bulan, so driver susah nak mantain, so banyak graphic issue, so orang susah nak buat game. 

Tapi itu tak bermakna ia tidak boleh digunakan. Malahan, ia boleh menggunakan sesetengah program windows, menerusi program yang dipanggil WINE (WINE Is Not an Emulator). Dan selagi ada Chrome, selagi itu ada facebook/youtube/blogger what else do you need?  Oh ya! One thing for sure. Ubuntu CANNOT play game. By ‘game’ I mean new game, like COD, Battlefield, Assasin creed….etc…etc…

mp3 player. 

But still.. Why Ubuntu
Why ubuntu? This is a highly subjective question in which to answer that I will try to give a list of pros and cons I personally think about Ubuntu.

PROS

1. Tak boleh kena Virus.
Bagi pengguna biasa, kelebihan utama ubuntu ialah, ia tak boleh kena virus. Sebenarnya bukan tak boleh kena virus, tapi lebih kepada ‘tidak mampu’ untuk menjalankan virus. Kebanyakan virus direka untuk Windows. Dan disebabkan Ubuntu tak boleh menggunakan program windows (kalau tak install WINE lagi), basically virus tu tak boleh start. Tambahan lagi, ada beberapa ciri-ciri yang menyebabkan agak sukar virus untuk masuk Ubuntu, contohnya, virus ‘niozi’ yang meng-hidden-kan folder dan buat shortcut yang nampak macam folder tapi hakikatnya start virus tersebut. Kat windows, orang akan pakai aje shortcut to pasal tak nampak folder yang asal, tapi pasal Ubuntu tak pakai ‘hidden’ attribute, jadi semua folder kelihatan termasuk yang ‘hidden’, so, pengguna akan nampak folder yang asal. Ada banyak lagi system keselamatan Linux yang mana kebanyakannya datang dari UNIX, namun secara personally, saya rasa Ubuntu tak banyak virus pasal tak banyak orang nak buat virus untuk Ubuntu. Macam Mac OS X, dulu tak ada virus, sekarang dan mula ada.

2. Lebih ‘ringan’
Ubuntu menggunakan lebih banyak memory daripada Windows XP, tapi lebih rendah berbanding Windows 7. Apabila kamu start Windows 7, penggunaan RAM kamu lebih kurang 1.2 GB. Kalau kat Ubuntu, ia bergantung kepada desktop environment. Unity/Gnome(64 bit) pakai dalam 500MB, Unity/Gnome(32 bit), lebih kurang 370MB, GNOME-Shell(64 bit) lebih kurang 700MB, KDE lebih kurang 900MB. Itu dari segi RAM, dari segi CPU dan GPU, saya rasa lebih kurang sama. Tapi personally, apa yang saya rasa ialah kat Ubuntu, kita boleh bukak banyak program, bukak banyak 20+ Chrome tab, (I mean.. come on! Laptop dengan 4GB RAM takkan takleh handle!), tapi ia kekal responsive. Tapi kat Windows 7, somehow, kita akan terasa sedikit slowdown, somehow. Dan kat Windows, makin lama makin slow, for some reason. Ada yang kata ini disebabkan windows registry makin berat. Kat Ubuntu, saya tak pasti apa yang saya dah install. Sebab rasa sama aje sebelum dan selepas install. Tapi personally bagi saya ini perbandingan yang tidak adil, pasal kat windows, ada banyak program yang akan start secara automatic bila kita installnye, macam stype, utorrent, antivirus dan sebagainya. Tak banyak program macam tu kat Ubuntu (pasal tak banyak program kat Ubuntu). Ps: Win XP hardcore, I am sick of Windows XP crashing for no reason, do not recommend it, update to Windows 7, please… sincerely…

3. Kamu akan lihat benda yang kamu ingat komputer tak boleh buat.
My friend, allow me to divert your attention to this particular video featuring Ubuntu 10.04. No video editing is used whatsoever.

I repeat, no video editing is used whatsoever. Ini ialah versi Ubuntu 10.04 keluaran 2010, 3 series lepas. Effect-effect tersebut dihasilkan oleh window manager yang bernama compiz. Compiz sekarang ini diambang maut kerana perbagai masalah politik yang kebanyakannya disebabkan Gnome. But that’s not the point. The point is you never knew a komputer can do that right? Come on admit it. Ecosystem GNU/Linux itu sangat customizable,   tapi untuk customize ia, kamu kena belajar, dan dari belajar kamu dapat tahu serba sedikit tentang macam mana komputer berfungsi, network dan sebagainya. Kamu akan lihat benda yang kamu ingat komputer tak boleh buat.
CONS
1. Driver issue and stability.
Bukan semua komputer fully compatible dengan Ubuntu. Sesetengah laptop kena ada sikit tweak baru boleh start. Sesetengah laptop, wifi tak berfungsi. Walaupun versi baru Ubuntu dah hampir tiada masalah wifi, tapi signal wifi mungkin lebih rendah. Begitu juga dengan banyak benda lain, notably graphic card driver. Kalau kamu pakai descrete graphic card (AMD/nVidia), saya sangat recommend kamu install proprietary driver the first thing you install Ubuntu. Kalau kamu pakai Intel GMA atau apa yang Intel buat, sama ada Ubuntu boleh hidup terus tanpa banyak songeh, atau screen blank terus. Ada sikit tweak yang perlu dibuat. Mungkin ada yang berpendapat bahawa Ubuntu sangat setabil, komputer takkan crash. Ya, sangat setabil SELEPAS kamu selesaikan masalah tadi. Nak selesaikan pelbagai perkara tadi, bukan perkara yang manusia biasa boleh buat.
2. Lack of professional program and NO GAMES
Ubuntu app store.
Ya, ada banyak program untuk Ubuntu cukup untuk kegunaan harian. Program yang saya maksudkan di sini ialah program yang orang betul-betul pakai, macam Microsot Office, Adobe Photoshop, AutoCAD, semua tu tak ada versi Linux. Saya tak salahkan microsoft atau sesiapa, pasal nak buat program untuk linux perlukan lebih kemahiran pasal banyak fragmentation dalam dunia linux. Of course ada WINE, tapi ia tidak sentiasa berfungsi. Versi Wine 1.4 dikatakan boleh pakai Microsoft Office 2010, tapi saya personally masih belum berjaya. Tampahan lagi, WINE tidak sempurnya, contohnya Adobe Photoshop CS5 boleh start, tapi cursor ada masalah, nak lukis kadang-kadang boleh kadang-kadang tak boleh. Mengenai games, gabungan masalah graphic driver, perbezaan directx dengan opengl, penyalahgunaan x-window system, banyak desktop environment telah menyebabkan kebanyakan game tak boleh dijalankan walaupun menggunakan WINE. Accept it like a man. Do a dual boot and play it from Windows 7. 

3. Require tweaking……

Banyak masalah-masalah tadi bukan tak boleh diselesaikan, tapi agak susah nak diselesaikan. Sesetengah orang nak program itu untuk Just Work. Thats not really the case for Ubuntu, unless you plan on opening facebook using Chrome, well, yes of course it will just work, duh!. Tapi kalau kamu berhasrat nak buat lebih sikit, kamu kena google banyak. 

Bottomline.

Untuk pengguna biasa, saya recommend kamu install ubuntu sebagai backup system. In case kalau kamu nak pakai pendrive yang ada virus, komputer kamu kena virus or for some reason windows xp crash and you want to google for solution, Ubuntu is excellent for that. Sesetengah laptop yang branded ada preinstall ‘basic system for browsing’, yang mana start cepat in case kamu nak bukak internet tapi malas nak bukak windows. ITU IALAH UBUNTU  yang diubahsuai sedikit…kebanyakannya lah. So, daripada bayar lebih, lebih baik kamu install sendiri. Saya nak cerita jugak macam mana nak install ubuntu, tapi sebab ada banyak cara dan kesuntukan masa, saya tamatkanlah sahaja post saya kali ini. Mungkin lain kali saya cerita pasal desktop environment, mungkin pasal macam mana nak install tapi itu lain kali lah. Anyway, farewell, happy reading and Assalamualaikum.
Categories
Projects

The Evolution of Automatic IIUM Schedule Formatter.

Ok, so I’m bored, so let see some screenshots of AIIUMSF:

V1

Takde screenshot sebenarnye. Terus keluar jadual.

V2
Letak Styler.
V3
Ada theme gallery + css editor + template editor.
V3.1
Style change from V3
V3.3
Bugfix for V3.1 dan mainpage.
Categories
Article

The curse of being a man.

You see, there is an upside and downside of being a male or a female. For me as a male, the physical upside of being a male is not apparent 🙁 . And in fact in my case, can even be considered as a downside. But the curse we are talking today is about the competitiveness of being a male/man/boy.

You see girls, a man will always see something in relative to something. Lets call this, the “Theory of Man’s Relativity”. To illustrate this let’s have an example of a man’s statement: “I am weaker in relative to some other man”. Or a better example is “I am more clever in relative to some other man”. My friends, this indeed is stressfull. Why is that? Well… let’s have another example.

Suppose a man thinks that he is weaker than another man. What will he do? He will exercise everyday, do his diet, buy some protein supplement and if he succeed in his quest, he will be stronger than that other man. But there is a catch… there will always be a stronger man. Due to that fact, he will always exercise, and in the end, he will never be happy.

Girls, you should be thankful. When a women think that she is good enough, she will be happy. But for a man, good enough mean, no one is better than him. At least no one in front of him. Which is impossible. And logically, there will be always be only one man who is the best, and the rest of them fall in a spiral of never ending better person.

And so, some evolved man make up some rules such as…”Of course I will always be weaker than him but I am smarter than him.”. And that’s what keep us alive. The fact that there will always be a ‘but’. This is due to the fact that no man is perfect in every way. And we as man are thankful for than fact alone. Because of that fact, we can be ‘semi’ happy, although we are still be in the never-ending spiral of ‘being better but not the best’ category.

A girl may say “That’s okey, why don’t you talk about it? It will make you feel better.”. Girls, this is Man 101, and we are learning the second topic which is the subtopic of the “Theory of Man’s Relativity”, A man NEVER talk about his personal life. Why is this so? Well, the “Theory of Man’s Relativity”, explain than a man will always look itself in relative to other man. This is due to the competitiveness of a man that is due to the single basic fact that “A man will always look at other man as opponent.”. Of course, It’s not really that serious… or is it?

Because a man will always look at other man as opponent, talking about personal life is like showing your weakness… to your enemy. Due to that, a man will most probably, in almost all case, with almost everyone, NEVER talk about his personal life. Especially if it involve some deep emotional feeling. Probably the only exception to this rule is when a man talk to a girl that he feel close to. So girls, when a boy is comfortable talking emotional personal stuff to you, there is a good chance that he like you.

Unfortunately, not all man have a girl close enough to talk to. Due to that, a man usually have more pent-up feeling inside, which become a burden in daily life. A curse indeed. This causes stress, unhappiness, misbehavior and some nonfunctional brain component. Do not take this lightly, statistic shows that the number of man who committed suicide is four times higher than the number of women who committed suicide. This shows the magnitude of the stress a man keep in his heart. Or maybe because a man tend to do more aggressive solution than women….

There is a cure for this curse. Something to distract the man from relating him from another man, and something a man can talk to in case he did demotivate himself. The cure, as you know it, is a girl. Hah! So girls, now you know man really do need women! I’m sure you (girls) feel a lot better when you read this article. Remember, “Behind every successful man, there is a women”.

In some way, this article can increase your(single man) stress. Be very careful, a man tend to break things when he is stressed. And yet, today you learn a bit about your own nature, and now you know exactly what you need. So go out there and find someone! And do not do anything stupid on the way!

ps: Single ladies out there. Would you be interested in me? ….. Haha! LOL! I’m just kidding!.. or am I?…..

Categories
Projects

Automatic IIUM Schedule Formatter V3.3

Assalamualaikum. Apa khabar.

Berita terkini, pada hari ini, Automatic IIUM Schedule Formatter versi 3.3 sudah keluar.

V3.3 membawa beberapa perubahan baru seperti:

  • Kemusnahan popup error.
  • Parser improvement yang membolehkan template maker meletakkan no ic, no matric, session, course, dan sebagainya kedalam jadual. 
  • Penggunaan https dalam hampir semua bahagian untuk lebih keselamatan.
  • Pembaharuan dalam “Styler” yang sekarang ada end-tag bagi membolehkan designer untuk override css statement.
  • Perubahan default style disebabkan perubahan struktur renderer dan kebolehan baru styler.
  • Letak function toTitleCase() ke prototype javascript string supaya template maker boleh buat title case.
  • Layout styler berubah sedikit yang mungkin akan menyebabkan lebih banyak kekeliruan.
  • Theme gallery sudah ada screenshot, generated by websnapr…
  • Sekarang sudah ada mainpage.
  • Dan banyak lagi perubahan yang tidak bermakna sangat untuk anda seperti open graph tag, facebook like dan comment di mainpage, google analytic tracking code, bugfix, bugfix dan bugfix yang saya malu nak bagitau apa bugnya.
So, that’s it. Instruction boleh ditemui di https://iiumschedule.appspot.com . Assalamualakum, Semoga anda berbahagia. Saya asdacap, melaporkan dari study room tingkat satu ABC. 
Categories
Projects

Automatic IIUM Schedule Formatter V3.1

Assalamualaikum semua! Apa khabar. So seperti yang tertulis di atas, saya dah upload versi baru AIIUMSF, versi 3.1. Ianya adalah perubahan kecil sahaja, sikit layout change sahaja.

V3.1

Ok, mungkin agak banyak perubahan jika dibandingkan dengan yang lepas, tapi kebanyakannya hanya perubahan layout untuk page pertama serta sedikit tweak di styler.

Yang lain, kebanyakannya sama sahaja. Instruction masih lagi sama seperti di post yang lepas , cuma saya nak bagitau yang saya perasan bila kita paste code tersebut di chrome, prefix ‘javascript:’ itu hilang. So, korang kena patah balik dan tulist ‘javascript:’ secara manual. Untuk firefox, penggunaan bookmark masih lagi berkesan. So, itu sahaja buat masa ni. Bye bye!

Bye the way:
   Saya tengah update lagi untuk v3.2, tapi update ni memerlukan internet, dan dalam proses debugging, internet iium-community jadi sesak dan battery laptop saya di library sudah nak habis, so mungkin sekarang ia tidak boleh dipakai. Terima kasih dan harap maaf.

Categories
Projects

Automatic IIUM Schedule Formatter V3

Assalamualaikum semua, ini arahan untuk versi yang lama. Sila pergi ke laman utama, yakni http://iiumschedule.appspot.com untuk arahan yang terbaru.

Assalamualaikum semua? Apa khabar? Ok, so mengikut apa yang ditulis di atas ini, dengan ini secara rasminya pada hari ini, Automatic IIUM Schedule Formatter sudah menjangkau versi ke 3! Walaupun korang tak pernah dengar pon tentang nye, tapi saya tetap panggilnya versi ke tiga sebab ada benda yang baru.

Ok, so tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat screenshot baru Automatic IIUM Schedule Formatter:

Ok, so fist of all, You know I’m not a good designer. So memanglah tak lawa, but that’s not the point. The point is, AISF(Automatic IIUM Schedule Formatter) sekarang sudah:

  1. Mempunyai theme gallery.
  2. Boleh tukar CSS manually.
  3. Boleh tukar Template manually.
Dan tidak dilupa juga Styler yang masih lagi wujud.
Cara menggunakan AISF
Untuk browser berasaskan webkit (Chrome atau Safari):
  1. Copy SETIAP SATU HURUF code kat bawah nie:
    javascript:(function(){var e=document.createElement('script');e.src = 'http://iiumschedule.appspot.com/static/scheduleformatter.js';e.type='text/javascript';e.addEventListener('load',function(){startscheduler()} );document.getElementsByTagName('head')[0].appendChild(e);})();
  2. Bukak korang punye Course Registration Slip (CRS) kat myiium.
  3. Paste code tadi kat url bar dan PASTIKAN IA DIMULAKAN DENGAN ‘javascript:’
  4. Mungkin korang akan perasan ada “Popup blocked”. Bukak popup itu, dan jumpalah AISF.
Untuk Firefox:

  1. Right click link Automatic IIUM Schedule Formatter.
  2. Click “bookmark this link”.
  3. Bukak korang punye Couse Registration Slip(CRS) kat myiium.
  4. Click firefox punye bookmark menu dan click bookmark yang korang baru buat tadi.
  5. Sekali lagi, mungkin korang akan perasan ada “Popup blocked”. Bukak popup itu, dan jumpalah AISF.
Ok, so that’s it lah. Sepatutnya saya tulis lagi macam mana nak gunakannya, tapi caranya agak memerlukan mereka yang sedikit berpengatahuan dalam mengedit css dan EJS template. So, kalau tak reti apa-apa sangat, saya rekemen kamu tweak kat Styler atau tukar theme aje, yang mana sekarang nie ada satu theme aje iaitu “Basic” yang saya sendiri buat. Kemudan, klick link “Save” kat atas tu. Mungkin akan ada lagi “Popup blocked”, so bukaklah popup itu. Bolehlah anda save, simpan atau print.
Oh, kalau kamu dah berjaya buat satu design yang bagus, dan bila saya kat bagus, maksud saya lebih bagus dari “Basic” yang mana kemungkinan besar design kamu akan jadi lebih bagus dari “Basic”, maka janganlah malu-malu men-submit design korang. Cuma click link ‘submitting’ kat theme gallery, masukkan nama theme tersebut, nama anda, email serta selesaikan captcha, kamudian theme anda sudah ada dalam gallery. Refresh saje AISF dan anda patut nampak design anda di situ.
So thats it lah! Sebar-sebarkanlah berita ini, design-designkanlah jadual anda, sebarang comment boleh comment kat bawah nie, sebarang aduan, nak buang design yang silap, boleh email saya di asdacap@gmail.com . So bye bye dan assalamualaikum!
Categories
Projects

IIUM Schedule Formatter v2 Now With Styler!

Ok, so let’s make this short and simple….

Assalamualaikum semua! Apa khabar! Ok, so di kesempatan yang sangat pendek ini, saya ingin memperkenalkan update terkini terhadap project mini saya iaitu Automatic IIUM Schedule Formatter v2. Sebenarnya ia lebih kepada versi 1.1 atau 1.2 dan untuk v2 saya nak letak beberapa perubahan lain lagi, namun disebabkan kesuntukan masa dan komputer, saya tidak dapat melakukan banyak perubahan.

Bagi anda yang tak tahu lagi apa itu Automatic IIUM Schedule Formatter, bolehlah baca post saya ini yang menerangkan tentang ape-ke-heh-nye dengannya. Post yang ini hanya bertujuan untuk menerangkan cara penggunaan di Firefox, yang mana tidak berfungsi dengan v1 serta menerangkan tentang fungsi Styler yang membolehkan anda untuk men-decorate jadual anda.

Ok, so sebelum ini, teknik copy and paste code berfungsi di chrome dan ie, namun, untuk firefox versi 6 ke atas, ia tidak berfungsi dan tidak melakukan apa-apa. Masalah ini terjadi disebabkan oleh satu ‘bugfix’ di firefox, yang, senang cakap tidak membenarkan anda untuk meng-copy-paste javascript code di url. ‘bugfix’ ini mungkin sekali dilakukan disebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang menganiaya pengguna dengan menipu mereka untuk meng-copy-paste javascript yang mengandungi virus. Disebabkan itu, saya telah merangka work-around lain yang sudah diuji berfungsi dengan firefox. Teknik ini juga secara teknikalnya patut berfungsi dengan chrome sekalipun.

So, apakah caranya? Pertama sekali, right click link di bawah ini, dan click ‘bookmark this link’

.Automatic IIUM Schedule Formatter 

Kemudian bukak Course Registration Slip seperti yang ditunjukkan dalam post yang pertama. Tapi, daripada meng-copy-paste code javascript yang saya berikan, anda cuma perlu tekan link ‘Automatic IIUM Schedule Formatter’ di menu bookmark firefox. Kemudian, allow popup, dan akhirnya, jadilah jadual yang sudah di format.

Ok, perkara kedua yang saya letak ialah Styler. So, kalau kamu cuba pakai schedule formatter ini tadi, kamu akan perasan yang sekarang anda boleh ubah penampilan jadual anda mengikut citarasa anda. Ok, hampir mengikut cita rasa anda. Ok, mungkin anda belum boleh edit CSS lagi, saya akan cuba mengusahakannya.. Kode Styler itu sebenarnya datang daripada Styler dari YourAgregator, so, banyak hard work yang sudah dilakukan. Apa yang saya buat cuma ‘plug and do-some-modification and play’. Cuma bezanya upload hari ini berbandiang semalam ialah, semalam anda tak boleh save jadual anda. Sekarang boleh. Jadi bolehlah save ke pendrive dulu, baru print kat CC.

Perasan tak yang nama tu ada shadow?

Ok, so that’s it lah. Memang tak banyak perubahan pun, tapi dah tak ada masa nak buat macam mana kan? So bolehlah anda try Styler yang baru ni. Nanti akan datang saya buat Style Gallery pulak ok? So… See you soon! Bye! Assalamualaikum!

Categories
Projects

Automatic IIUM Schedule Formatter!

Hai! Assalamualaikum semua!

Harini saya nak memperkenalkan projek mini terbaru saya yang saya panggil

 Automatic IIUM Schedule Formatter!
Program ini sangat simple dan tujuannya sangat simple dan hasilnya juga sangat simple. Gambarajah simple dibawah ini cukup simple untuk menerangkan apa tujuan program yang simple ini dengan cara yang simple.
Ada paham? 
Ok, so mungkin tak cantik. Dari hitam putih ke hitam putih, Tapi yang pentingnya, asas kepada program ini sudah ada dan ini baru versi 1. Macam mana pulak dengan versi 2? Macam mana kalau saya masukkan Styler dari YourAgregator? Macam mana kalau saya sumbat sekali theme gallery? Macam mana kalau saya pasarkan kat group Creative Multimedia Club dan diorang submit theme diorang? Ha! nampak potensinya? 
Unfortunately, lusa saya dah balik UIA, minggu depan exam math, so tak ada banyak masa nak buat apa-apa. Tambahan lagi, saya tak ada notebook. Kalau nak bawak desktop pun, mungkin minggu ketiga. So… lama sikit lah ye.
Ok, so macam mana kamu nak gunakan time table nie?

Pertama, bukak IIUM Portal, login, pergi ke MyAcedemic, kemudian Course Registration Slip. Bukak slip yang dikehendaki, sampai macam screenshot yang pertama kat bawah nie.

Kedua nie, agak complex dan menakutkan. Copy setiap huruf code dibawah:Paste kat URL bar. Seriously, betul saya cakap nie. 
javascript: {var e=document.createElement('script');e.src = 'http://iiumschedule.appspot.com/static/scheduleformatter.js';e.type='text/javascript';e.addEventListener("load",function(){startscheduler()} );document.getElementsByTagName('head')[0].appendChild(e);}

Paste code tadi kat url bar. Nanti ada popup window, dan tada! Jumpalah time table tu. Save, print dan buatlah apa yang korang nak buat. 
Tada!

Horay! Teknik ini sudah diuji terhadap akaun CFS IIUM, saya tak taulah pulak dengan pelajar IIUM kat gombak/kuantan sana. Tapi kalau IIUM pakai sistem yang sama, patutnya boleh aje berfungsi.

Sesiapa yang terer komputer akan perasan yang saya dengan teknik ini, anda akan melakukan javascript injection terhadap page IIUM. Kenapa perlu begitu? Asalnya saya ingat nak save aje, pastu parse, tapi tak boleh. Nampaknya IIUM Portal ada sistem security yang kuat sikit, so kena ada sikit hacking.

Bagi yang tak faham bahasa komputer, senang cakap, kalau ada sapa-sapa suruh korang buat macam nie, dan sumber code itu meragukan, macam “Facebook Unlike button”, atau “Win an Ipad 2!”, JANGAN BUAT APA YANG DISURUH. Basically, ia menyuruh anda untuk menjalankan javascript dari sumber yang tak dikenali dan kemungkinan javascript tersebut mengandungi virus, dan akhirnya muncullah virus di Facebook.

Bagi sesiapa yang terer komputer dan berminat untuk mengetahui bagaimana program ini berfungsi, silalah lakukan ‘reverse engineer’ terhadap code tersebut yang mana tidak di ‘minified’ pun. Dan by the way, disebabkan pelbagai cross-doman scripting restriction, saya telah mengambil jalan mudah dengan menyimpan jadual anda di server terlebih dahulu. So, ya saya boleh tahu jadual anda kalau saya tahu nama anda dan saya berminat untuk mengetahuinya. Tapi jangan risau, nanti saya buat server tu auto delete record yang berumur lebih dari 1 jam ok?

So.. itu ajelah. Walaupun tak secantik mana, tapi ada potensi. So, selamat malam, good night, goodbye dan Assalamualaikum!
Categories
Projects

One Incompatible Upload

Assalamualaikum semua! Apa khabar. And good night to your all!

Ok, so today I have uploaded a (almost) completely incompatible version of YourAgregator. Version 1 is still there but it will never work, due to change in the Datastore. This is my last week of holiday and this sunday I will go back to CFS IIUM, for my ICT course. And because I don’t have a notebook and even more important, time, the development of YourAgregator may slow down to a halt. And yet, even thought I only have about three days left, I’ve uploaded a new version of YourAgregator that is largely incompatible with the previous one that I’ve purged the datastore, meaning, you have to reregister.

Ok, so whats the big deal about this upload? Well… actually, not much. The large incompatibility is due to the change in the name of most table and their property. And because GAE does not have ALTER TABLE, I’ve decided to just to delete the whole database and start from scratch. Not that people (other than me) use it right?

But there are some notable change in this release. The first major change is the use of Jinja2 template instead of Django. There are not much different between them except for faster rendering and more expressive language. And also because of that, some page may not render perfectly. If you found any of that, please email me at admin@youragregator.com

Another change is, i’ve added rss page, and member page to the agregator and some modification on the feed page (now the Post page). To view the rss page, on the feedroll, on any post, there should be a link of the title of the rss. Click the “>” next to it.      Ok, so it’s not so obvious, but hei! I’m not a designer. And it get the job done… in a way. Ok, so you click it and the magical AJAX sistem will change your current page to the rss page. What shown in the rss page depend on the data given from the blog. It should show the description (if give), the author, the title(the domain if not given), the submitter, and 10 list of recently posted post. Click one of the post to go to the post page (not the post blog) and click on the submitter name to go to the member page.

If you go to the member page, you will find a very hideously incomplete-looking page. The reason it is incomplete-looking, is because it is incomplete. The reason it is hideous, is because of me. This page will show you a large smile picture, a description and a link to show post submitted by that man. The large smile picture is suppose to be a profile picture. You can edit it by going to youragregator.com instead of it’s agregator and click on your username on the top right of the screen (next to the ‘logout’ button).

Now, the post page (previously the feed page). There are various changes in the post page. Notably, the ability to clone the blog post! But that’s not really what it does. In the feedroll, the blog description has a 500 character limit and only allow inline text element such as anchor, strike or bold. Previously, the post page use the same data as the feedroll. Now, the post page use different data with limit of 3000 characters and allow more element. So, the post page look much like the real post but without some formatting. The link to the real post is given at the bottom of the page. Plus, the agregator now allow tags in the post. On the post that contain tags, list of tags is shown at the bottom of the post page.

The feedroll also has several change. Firstly, the search function has been re-enabled. And because YourAgregator is running on free quota, and indexing takes a lot of database operation, the site can only handle about 6 to 8 blog submission per day. So, lets hope I can find a credit card somewhere, then we could turn on billing. Also, now the feedroll has the ability to filter by submitter, feed and tags. That allow me to put the tags link on the post page, and ‘view post’ hyperlink on the rss page. And also because of that, the index for the post table has increased and thus, increase the write operation required to add a feed and thus again, reducing the amount of feed submission available per day.

Another incompatible change in YourAgregator is the niceness system. Previously, a new post’s niceness is defaulted to the submitter’s niceness, and the submitter cannot nice his/her own post. Now, the post’s initial niceness is not defaulted to the member’s niceness, but to it’s rss feed’s niceness if it has one. Otherwise, the default niceness is the submitter’s niceness. This means a rss feed itself now has a niceness and it is defaulted to the submitter’s niceness. You can rate the rss feed at the rss page. The submitter can also rate his own post and rss submission. I’ve made the decision to allow it to allow the member to specify which post has more priority over another post. Previously a submitter cannot say which of his post has higher priority that another post.
Last but not least on the modest list of changes is the support for the PubSub protocol. The PubSub protocol, created by Google for Blogger has the ability to push new blog post to subscriber. In this case, the subscriber is YourAgregator and the new blog post is new blogger blog. In another word, when an rss is updated, the update is sent to YourAgregator immediately. Previously, YourAgregator need to periodically check for changes in the rss to know about new post, if any. Now, on certain RSS or Atom feed, notably blogs on Blogger, any new post will be sent to YourAgregator almost immediately after the blog owner publish it. This reduce YourAgregator’s need to check the blog and reduce the time need for the post to be indexed in YourAgregator.

And…. that pretty much concludes this update. And this will probably be the last update before my semester. Hopefully I may have some time to do some bugfix, but most probably nothing will change for the next 4 month. And hopefully, I can manage a visa card, and register for Amazon AWS, and all those index problem  will be increased but the capacity will surely increase. So that’s it, happy new year, goodbye and Assalamualaikum.